Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan komuniti Selayang Bharu dalam kaitan perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Title:
Perancangan komuniti Selayang Bharu dalam kaitan perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
1979
Physical Description:
xv, 117 p. : ill. ; 30 cm.
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 5028 ra
Abstract:
Perkembangan Kuala Lumpur sebanyak 6.2% setahun telah menimbulkan masalah rumit didalam perancangan. Satu penyelesaian diperingkat makro telah difikirkan perlu iaitu melalui perancangan wilayah dimana kaitan antara Kuala Lumpur dan kawasan tadahannya dapat dilihat. Perancangan wilayah Lembah Kelang cuba mengadakan satu polisi pembangunan bandar yang meliputi bandar Kuala Lumpur dalam kaitan bandar-bandar yang lainnya, berpandukan Rancangan Malaysia Ketiga. Disebaliknya, strategi yang telah diterima tidak dapat dijalankan dan kegagalan ini adalah kerana kajian Lembah Kelang tidak dapat mengadakan perancangan yang terperinci. Ini adalah kerana kekurangan keterangan tempatan mengenai taburan kepadatan perumahan dan pembangunan kawasan perusahaan. Pembangunan tersebut telah menimbulkan titik penumpuan penduduk dan boleh membawa kepada pertumbuhan bandar baru. Keadaan ini telah menimbulkan pertelingkahan dengan strategi pembangunan Lembah Kelang dan seterusnya hasrat Rancangan Malaysia Ketiga tidak terlaksana. Selayang Bharu adalah salah satu dari titik penumpuan penduduk dan kini telah pula menjadi fokas pembangunan sebuah bandar baru Selayang. Oleh kerana kedudukan Selayang Bharu sebagai komuniti dipinggir bandar, berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur, masalah-masalah yang dialami oleh Kuala Lumpur dijangka menjejas kawasan ini. Masalah-masalah tersebut adalah seperti kesesakan dan perebakan bandar (urban sprawl). Perkembangan di Selayang Bharu boleh dirumuskan ujud dari perletakannya yang hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur, mempunyai pelaluan (accessibility) dan sistem perhubungan yang baik dengan Kuala Lumpur. Penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur tinggal menyewa di Selayang Bharu dan penduduk di Selayang Bharu bekerja di Kuala Lumpur. Pertambahan penduduk melalui migrasi tersebut telah menimbulkan permintaan terhadap kemudahan awam. Ini menimbulkan implikasi dimana penyediaan perkhidmatan tersebut boleh dibuat oleh dua pihak. Pertama, perkhidmatan awam sebagai tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau negeri dan keduanya dari usaha orang perseorangan. Ketidakupayaan pihak berkuasa tersebut untuk menyediakan perkhidmatan yang mencukupi menyebabkan penduduk kekerapan perkhidmatan asas sementara usaha pihak persendirian kadangkala bertentangan dengan jenis pembangunan yang diingini. Kedua-dua masalah ini dirasai oleh Selayang Bharu dan masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian dilihat dari sudut tempatan dan makro.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1979

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
35000000006154 HN49.C6 R64 1979 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002351595 HN49.C6 R64 1979 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page