Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penggunaan konsep teori sistem dinamik dalam analisis model perlumbaan senjata Richardson
Title:
Penggunaan konsep teori sistem dinamik dalam analisis model perlumbaan senjata Richardson
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilam sahaja : MFL 8472 ra
Abstract:
Dua asas matematik sistem dinamik selanjar ialah persamaan pembezaan yang mewakili unsur dinamik iaitu evolusi masa, dan algebra vektor yang memberikan notasi dalam perwakilan multipembolehubah. Projek ini bertujuan mengkaji penggunaan konsep teori sistem dinamik misalnya teori sistem persamaan pembezaan linear, sistem persamaan pembezaan dan istem linear positif dalam analisis model perlumbaan senjata Richardson, iaitu model dua bangga dan teori modelmulti bangsa. Analisis model dipertimbangkan dari aspek titik keseimbangan, kestabilan, anggaran parameter-parameter, analisis lanjutan : bandingan data sebenar dengan anggaran parameter-parameter, analisis lanjutan : bandingan data sebenar dengan anggaran parameter serta penggunaannya. Kajian projek ini mendapati bahawa model perlumbaan senjata Richardson dapat memberikan penghuraian yang tepat mengenai kemungkinan berlakunya ancaman keselamatan dan keamanan sekiranya setiap bangsa berusaha untuk mempertahankan dirinya daripada serangan bangsa lain dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti kelengkapan persenjataan dan tidak mengambil tindakan untuk mengurangkan perasaan kebimbangan serta ketidakpuasan terhadap bangsa lain. Namun demikian, model tersebut bukan merupakan kenyataan saintifik untuk meramal tarikh berlakunya peperangan berikutnya. Akhirnya, projek ini juga mendapati aspek-aspek lain berkaitan dengan model perlumbaab senjata boleh diperluaskan kepada pengubahsuaian model asal Richardson atau pembinaan model lain yang bersesuaian dengan permasalahan dalam aspek tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FS300000007468 QA372 C56 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003146432 QA372 C56 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page