Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian terhadap kesan saiz inokulum ke atas penghasilan Enzim a-Amilase dalam pensakaridaan kanji ubi kayu oleh kulat Aspergillus niger
Title:
Kajian terhadap kesan saiz inokulum ke atas penghasilan Enzim a-Amilase dalam pensakaridaan kanji ubi kayu oleh kulat Aspergillus niger
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjamn dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7667 ra
Abstract:
Enzim a- Amilase merupakan enzim utama yang terlibat dalam proses hidrolisis kanji dalam kehadiran nutrien tertentu. Dalam penyelidikan ini tepung kanji ubikayu digunakan kerana ia terdapat dengan banyak dan murah di negara ini. Mikroorganisma kulat Aspergillus niger digunakan dalam penghasilan enzim a-Amilase yang akan menghidroliskan kanji kepada gula penurun. Gula penurun yang terhasil boleh dikomersialkan dalam industri penghasilan sirap gula. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan saiz inokulum keatas penghasilan enzim a- Amilase oleh kulat Aspergillus niger. Saiz inokulum yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada " Teknik Carikan-piring petri" iaitu satu, tiga, lima dan sepuluh carikan telah digunakan.Penganalisaan sampel yang dilakukan ialah kandungan protein larut, gula penurun dan pengassaian enzim.Hsail daripada penyelidikan ini menunjukkan saiz inokulum 5 carikan yang hadir dalam media kultur kulat Aspergillus niger dapat memberikan penghasilan enzim a-Amilase yang optima berbanding dengan saiz inokulum lain.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001121536 QP609.A45 S35 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page