Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for The operational characteristics of inverter driven induction motor
Title:
The operational characteristics of inverter driven induction motor
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Loan in microfilm form only :MFL 7747 ra
Abstract:
Lazimnya motor arus ulangalik yang biasa digunakan dalam industri adalah kebanyakannya dari jenis motor arohan. Kebanyakan peralatan mesin yang digunakan sama ada di bengkel atau kilang dipacu atau digerakkan oleh motor arohan seperti mesin pemampat, penggerudi, pengasah dan sebagainya. Motor arohan biasanya dipilih kerana kesederhanaan (mudah), kebolehpercayaan dan harganya murah. Ciri-ciri ini ditambah pula dengan kecekapan yang baik, kemampuan mengawal beban lampau yang baik dan tidak memerlukan atau hanya memerlukan penyelenggaraan pembaikan dan pemeliharaan yang minima. Apabila fakta-fakta kemudahan perbekalan yang luas dan senang dipasang oleh individu yang mempunyai kemahiran ynag sedikit, maka pemilihan penggunaan motor arohan adalah sangat baik. Walau bagaimana pun ia juga mempunyai beberapa kelemahan :- a) Halajunya sukar dikawal. b) Pergerakannya perlahan dengan faktor kuasa yang mengekor pada beban yang sedikit. 3) Arus pemula biasanya lima ke tujuh kali lebih besar daripada arus beban penuh. Di atas alasan inilah, maka tujuan dan objektif projek ini adalah untuk mengkaji dan menganalisa keadaan ubahtika dan keadaan mantap dan juga untuk membuat pengukuran ke atas gayalaku motor arohan pacuan pembalik. Bagi mendapatkan keputusan yang baik, tepat dan memuaskan, maka sebahagian daripada projek ini dilakukan dengan merekabentuk perkakasan menggunakan litar berdigit untuk pengantaramukaan sistem kepada komputer mikro automatik dan merekabentuk pengaturcaraan untuk pengawalan sistem dan penganalisaan data-data menggunakan bahasa paras tinggi. Projek ini dibahagikan kepada lima bahagian :- a) Mengenal pasti ciri-ciri asas motor arohan, keperluan-keperluan dan objektif projek ini (Bab 1 dan 2). b) Mengenal pasti sistem pengantaramukaan yang akan digunakan. (Bab 3 dan 4). c) Merekabentuk perkakasan menggunakan litar digital untuk sistem pengantarcaraan untuk mengawal sistem. d) Merekabentuk pengaturcaraan untuk mengawal sistem. e) Melakukan ujian pengukur untuk mengkaji dan menganalisa gayalaku motor arohan pacuan pembalik.
DSP_DISSERTATION:
Project paper (Bachelor of Electrical Engineering) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001434590 TK2785 .R35 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page