Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penentuan panjang penusukan air laut ke kuala sungai
Title:
Penentuan panjang penusukan air laut ke kuala sungai
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM., 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7844 ra
Abstract:
Air merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang menjadi keperluan utama manusia dan hidupan lain di mukabumi ini. Sebahagian besar air tawar yang mengalir ke muara adalah dibekalkan oleh sungai, pembentung, keluaran industri, resapan air bawah tanah dan juga air hujan. Walau bagaimanapun, sungai membekalkan majoriti air tawar. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sempadan yang memisahkan air tawar dan air masin, kedudukan baji kemasinan dan panjangnya penusukan air masin ke arah daratan. Kegunaan menentukan kedudukan sempadan air masin dan air tawar adalah merancang punca pengepaman air di Loji Bekalan Air. Ini adalah untuk memastikan hanya air tawar yang dipam dan akan diagihkan untuk kegunaan bekalan air perumahan, pengairan tanaman dan juga industri. Lokasi kajian adalah di muara Sungai Skudai, Johor Bahru. Secara umumnya, air tawar dan air masin yang mengalir akan mencapai keadaan keseimbangan di mana lapisan air tawar berada di atas lapisan air masin. Ini berdasrkan kepada perbandingan ketumpatan antara air masin dan air tawar. Baji kemasinan boleh bergerak ke depan dan ke belakang di sepanjang keratan memanjang bergantung keadaan air pasang atau keadaan air surut. Berdasarkan kepada kajian ini, jenis muara adalah bercampur sepenuhnya. Oleh yang demikian, panjang penusukan tidak dapat ditentukan. Walau bagaimanpun, kaedah yang cuba diutarakan boleh digunakan untuk sungai-sungai yang lain di Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001431323 TC175 N66 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page