Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kepentingan perancangan kemudahan fizikal dalam memenuhi kehendak penduduk luar bandar : kajian kes : kampung bersepadu : Mulong-Lating Kota Bharu Kelantan
Title:
Kepentingan perancangan kemudahan fizikal dalam memenuhi kehendak penduduk luar bandar : kajian kes : kampung bersepadu : Mulong-Lating Kota Bharu Kelantan
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7699 ra
Abstract:
Kajian ke atas Kampung Bersepadu Mulong-Lating ini adalah untuk mengetahui sejauh mana pencapaian/keberkesanan perancangan kemudahan fizikal di dalam memenuhi kehendak dan permintaan penduduk. Kampung bersepadu adalah merupakan salah satu daripada strategi-strategi dalam pembangunan luar bandar yang bermatlamatkan untuk meningkatkan tahap pendapatan penduduk luar bandar sekaligus mengurangkan jumlah perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini dibahagikan kepada 2 bidang iaitu mengenalpasti ciri-ciri permintaan penduduk dan keadaan fizikal tapak. Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah temuduga dengan penduduk, data sekunder dari pejabat-pejabat kerajaan, pengamatan ditapak dan persepsi pengkaji. Data-data yang diperolehi ini dikumpulkan dan dibuat analisis. Perbandingan dibuat diantara dua bidang kajian di atas untuk mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk. Masalah-masalah yang ditemui ini adalah berkaitan dengan keadaan fizikal tapak iaitu kesesakan di Pekan Mulong dan lokasi klinik Desa yang jauh dari kawasan perkhidmatan utama telah menyukarkan penduduk. Hasil daripada masalah-masalah yang telah ditemui ini telah menunjukkan bahawa rancangan kampung Bersepadu Mulong-Lating ini tidak menitikberatkan perancangan kemudahan fizikal di dalam memenuhi permintaan penduduk. Kampung bersepadu lebih menekankan pembangunan ekonomi sesuatu kawasan luar bandar tanpa memikirkan masalah-masalah lain yang mungkin timbul. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah perancangan kemudahan fizikal juga adalah penting di dalam setiap perancangan pembangunan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003031 HD890.6 Z8 K496 1991 Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001342983 HD890.6.Z8 K496 1991 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page