Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Reservoir Sungai Layang : perlintapan suhu dan kesannya ke atas kualiti air dan rawatan
Title:
Reservoir Sungai Layang : perlintapan suhu dan kesannya ke atas kualiti air dan rawatan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8298 ra

Supervisor: Dr. Mohd Azraai Kassim
Abstract:
Reservoir Hulu Layang terletak lebih kurang 40 km timur laut daru bandaraya Johor Bahru. Ia mempunyai luas takungan lebih kurang 6.6 km2, luas kawasan tadahan ialah 30.5 km2 dan boleh menyimpan air sebanyak 45 x 10 6 m3 pada kedalaman maksima 16m. Loji rawatan air mengalami beberapa masalah berikutan dengan kendungan ferum yang tinggi di dalam air dan penggunaan bahan kiimia yang banyak diperlukan untuk rawatan air-mentah. objektif penyelidikan ini ialah mengkaji kesan suhu di dalam reservoir keatas kualiti air dan rawatan. Reservoir mengalami perlintapan oleh sebab pengagihan suhu mengikut kedalaman. perlintapan suhu ialah fenomena semulajadi dimana terjadinya perubahan-perubahan kepada parameter kualiti air yang boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti air di dalam reservoir. semasa tempoh kajian, suhu, konduktiviti, pH, oksigen terlarut, ferum, mangan dan lain-lain parameter kualiti air diukur pada tiga stesen yang terletak dekat dengan menara pengambilan air. Walaupun reservoir tersebut tidak begitu dalam, ia menunjukkan berlakunya perlintapan suhu. Termoklin wujud pada kedalaman disekitar 6.5 hingga 9.5m. perlintapan oksigen juga wujud dengan jelas pada sepanjang tempoh kajian. Keputusan analisis menunjukkan kepekatan ferum adalah melebihi nilai piawai untuk air minum, iaitu piawai yang disyorkan 0.1mg/1 dan 'piawai madatori 0.3 mg/l. Perlindungan suhu dan kimia yang stabil menjadikan berlakunya pembentukan profil oksigen klinograd dengan keadaan anoksik bermula pad akedalaman 6-9m hingga keparas dasar reservoir. model-model regresi linear, log-log, exponen, salingan dan juga regrasi berganda digunakan untuk menyelidik hubungan antara pemboleh ubah kualiti air dan jumlah penggunaan bahan kimia untuk rawatan air. Jumlah penggunaan bahan kimia mempunyai hubungan positif dengan kepekatan oksigen terlarut. Pemasangan sistem pendudaraan di dalam reservoair dicadangkan sebagai langkah untuk memperbaiki mutu air. Penggunaan model adalah difikirkan perlu untuk meramal dan memudahkan penilaian kepada perbahan perlintapan suhu dan kualiti air. Data yang diperlukan untuk input kepada penggunaan model pada masa hadapan telah dikumpulkan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002716227 TD313.M32 J694 1994 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
SPS30000000291 TD313.M32 J694 1994 Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page