Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Cadangan membina sebuah bangunan akademik dan pentadbiran Institut Tarbiyah Islamiah Perak Darul Ridzuan (untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  Perak Darul Ridzuan)
Title:
Cadangan membina sebuah bangunan akademik dan pentadbiran Institut Tarbiyah Islamiah Perak Darul Ridzuan (untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak Darul Ridzuan)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1990
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 6949 ra
Abstract:
Masakini Kerajaan Negeri Perak tidak mempunyai sebuah Pusat Latihan Islam yang tetap untuk melatih pegawai-pegawai Islam di dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, undang-undang, pertanian dan sebagainya. Pusat Latihan Islam atau Institut Tarbiyah Islamiah Perak (I.N.T.I.P) ini telah dicadangkan oleh Almarhum Sultan Idris Shah yang boleh memuatkan seramai 250 peserta lelaki dan 50 peserta wanita. Tapak cadangan terletak di pinggir Bandar Ipoh, berhadapan dengan Jalan Dairy dan bersebelahan pula dengan Politeknik Ungku Omar, kawasan perumahan Taman Cempaka dan Sungai Pinji. Keluasan tapak ialah 10.52 ekar yang mengandungi cadangan ruang-ruang seperti berikut : (a) Masjid Daerah Kinta; (b) Dewan Muktamar; (c) Pejabat Pentadbiran; (d) Perpustakaan; (e) Bilik Kuliah; (f) Bilik Tutorial (g) Makmal Bahasa; (h) Makmal Komputer; (i) Dewan Makan; (j) Kantin. Sejarah Islam 400 tahun yang silam, menunjukkan bahawa masjid merupakan pusat interaksi, pembelajaran, perbincangan dan sebagainya, sehingga Sistem Sekular memisahkannya. Oleh itu penekanan utama tesis ini adalah untuk kembali kepada sistem Islam iaitu dengan mengalakkan peserta menggunakan masjid sebagai sebahagian daripada tempat pembelajaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta masyarakat luar. Dengan itu di dalam merekabentuk, penekanannya akan tertumpu kepada prinsip integrasi di antara masjid dengan pusat latihan serta persekitaran dari segi fizikal dan latihan yang dijalankan. Faktor iklim juga diutamakan dengan menggunakan beberapa elemen yang sensitif kepada iklim tempatan seperti koridor, peredup panjang, bumbung curam dan banyak pembukaan. Tujuannya ialah untuk mencapai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang semaksima mungkin.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003823 NA6608.M3 Z33 1990 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002866 NA6608.M3 Z33 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page