Cover image for Rancangan pembangunan Kg Wadi Hassan, Johor Bahru, Johor
Title:
Rancangan pembangunan Kg Wadi Hassan, Johor Bahru, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1982
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3566 ra
Abstract:
Penghijrahan penduduk ke bandar-bandar besar mengakibatkan ujudnya kawasan-kawasan setinggan atau kawasan kediaman yang rendah kualitinya. Kawasan-kawasan kediaman seperti ini menghadapi banyak masalah dari segi fizikal dan sosial. Kajian menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan-pembangunan fizikal dan sosial di Kg.Wadi Hassan. Susunatur rumah-rumah pada keseluruhannya tidak dirancang dengan baik. Sebahagian besar dari rumah-rumah adalah berkeadsan sederhana (39.8%) dan buruk (31.6%), Sistem sirkulasi di dalam kawasan ini juga tidak dirancang dengan baik. Laluan yang menghubungi unit-unit rumah merupakan lorong-lorong kecil yang tidak berturap malah ada unit-unit rumah yang tidak mempunyai asses yang merupakan jalan-jalan perhubungan yang khas. Keadaan yang tidak dirancang ini juga menyebabkan merosotnya kualiti alamsekitar akibat tidak adanya cara pembuangan sampah yang sistematik dan sistem saliran yang baik. Ciri-ciri fizikal yang merosot ini juga dapat membayangkan keadaan sosio-ekonomi penduduk Kg. Wadi Hassan yang tidak begitu memuaskan. Oleh yang demikian satu tindakan yang menyeluruh perlu diambil bagi memperbaiki keadaan sedia ada. Strategi pembangunan yang dipilih ialah campuran antara pembangunan semula dan pembaikan. Strategi pembangunan ini diterjemahkan kepada cadangan tata atur terperinci berdasarkan konsep perancangan. Tata atur ini merupakan cadangan perancangan yang menyeluruh Di Kg.Wadi Hassan. Di dalam melaksanakan pembangunan di Kg. Wadi Hassan pihak-pihak yang dicadangkan terlibat dan dipertanggungjawabkan ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Johor Bahru.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003597 HT169.M32 J65 1982 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002819 HT169.M32 J65 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002409187 HT169.M32 J65 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order