Cover image for Dasar-dasar pengawalan pembangunan bandar Petaling Jaya
Title:
Dasar-dasar pengawalan pembangunan bandar Petaling Jaya
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3025
Abstract:
Sejak dari awal penubuhannya, penduduk bandar Petaling Jaya telah bertambah dengan cepat dan pembangunan gunatanahnya berlaku dengan pesat. Ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. Disamping kadar pertambahan penduduk yang tinggi, masalah-masalah lain yang dihadapi termasuklah kurangnya pembinaan rumah-rumah murah, perlunya mengawal pembangunan perindustrian, kelulusan pembangunan perdagangan yang berlebihan, kekurangan kawasan lapang awam, ujudnya kawasan-kawasan setinggan dan sebagainya. Disamping itu pembangunan terus dijalankan dengan pesat dan Petaling Jaya terus menarik lebih ramai penduduk tinggal di bandar ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan ataupun kawasan-kawasan setinggan. Keadaan ini bukan sahaja merupakan masalah kepada peringkat tempatan, iaitu didalam sempadannya, tetapi juga mengancam pencapaian strategi Wilayah Lembah Kelang. Penumpuan penduduk dan pembangunan yang terus berlaku di bandar ini adalah bercanggah dengan strategi pada peringkat wilayah yang bertujuan untuk mengurangkan pembangunan di bandar ini, selain daripada di Wilayah Persekutuan dan juga di bandar Kelang. Ini menunjukkan perlunya diujudkan dasar-dasar pengawalan pembangunan bagi bandar Petaling Jaya ini. Tujuannya ialah supaya pembangunan bandar ini berjalan secara terkawal dan selaras dengan, serta dapat membantu pencapaian strategi Wilayah Lembah Kelang. Ini juga akan membantu pencapaian objektif Kebangsaan, iaitu untuk mengujudkan keseimbangan diantara wilayah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah dalam bentuk konsep pembangunan dan pelan cadangan gunatanah, cadangan penyelesaian masalah dan juga dasar-dasar sebagai garispanduan pengawalan pembangunan.
DSP_DISSERTATION:
tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003931 HT169.M32 P4515 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002768 HT169.M32 P4515 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001601404 HT169.M32 P4515 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order