Cover image for Kajian pelan induk pembentungan dan rawatan airsisa berpusat di Johor Bahru
Title:
Kajian pelan induk pembentungan dan rawatan airsisa berpusat di Johor Bahru
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7453 ra
Abstract:
Di dalam laporan akhir kajian Pembetungan Dan Perparitan Johor Bahru, dua sistem pembetungan dan logi rawatan airsisa berpusat telah dicadangkan untuk bandar Johor Bahru. Oleh kerana kos kapital yang tinggi dan kemelesetan ekonomi di pertengahan tahun 80an, maka pembinaan berpusat itu masih belum dilaksanakan semasa projek ini dijalankan. Projek ini bertujuan untuk menilai samada sistem pembentungan dan loji rawatan tersebut perlu dibina atau tidak. Bagi mencapai matlamat ini, kajian telah dilakukan keatas sistem pembersihan dan rawatan airsisa yang sediada. Masalah operasi dan penyelenggaraannya juga dikenalpasti.Cadangan di dalam Pelan Induk Pembentungan dikaji dari segi kedudukan tapak loji rawatan, halangan topografi, jenis rawatan yang digunakan dan kesan pelaksanaan Pelan Induk ke atas alam sekitar dan kesihatan.Analisa kualiti effluen dilakukan ke atas effluen dari enam loji rawatan yang terdapat di dalam kawasan kajian. Tiga daripada loji itu adalah kolam pengoksidanan, manakala yang lainnya terdiri daripada bio-penuras, tangki imhoff dan RBC. Parameter dikaji ialah BOD, COD, SS dan pH.Gabungan daripada kajian literatur dan kerja makmal membawa kepada rumusan bahawa sistem pembentungan dan loji rawatan perlu dibina untuk meningkatkan tarat kesihatan, menyediakan sistem pengumpulan dan rawatan yang moden selaras dengan pembangunan fizikal dan mengurangkan pencemaran air longkang dan air sungai di dalam kawasan kajian.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001534050 TD613.M32.C57 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order