Cover image for Kajian ke atas silibus kursus Sains Komputer di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan pencadangan silibus yang bersesuaian dengan kehendak kerjaya masakini
Title:
Kajian ke atas silibus kursus Sains Komputer di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan pencadangan silibus yang bersesuaian dengan kehendak kerjaya masakini
Personal Author:
Publication Information:
1987
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : Mikrofilem 2927 ra
Abstract:
Projek ini adalah bertujuan untuk membuat kajian semula ke atas silibus kursus Sains Komputer di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Malaysia. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus ini adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Institut Teknologi Mara (ITM). Matlamatnya adalah untuk mencadangkan silibus yang terkemaskini dengan keperluan semasa supaya dapat melahirkan siswazah Sains Komputer yang mempunyai kemahiran bukan saja dari segi teori, tetapi juga berkemampuan untuk bekerja di berbagai bidang kerjaya. Sains Komputer adalah satu bidang pengajian sains yang merangkumi aspek-aspek mengenai asas dan strategi penyelesaian masalah, rekabentuk dan gerakkerja mesin komputer, teknik-teknik penyelesaian masalah berkomputer dan pemprosesan maklumat. Oleh itu, silibus kursus Sains Komputer di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang ada sekarang perlu dikaji semula untuk melihat kesesuaiannya dengan definasi Sains Komputer itu sendiri dan kehendak kerjaya masakini. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan untuk mengetahui perkembangan penggunaan komputer di Malaysia adalah dengan cara menggunakan borang soal selidik. Penganalisaan dilakukan berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik ini. Borang-borang ini dihantar kepada organisasi-organisasi yang menggunakan komputer di seluruh Malaysia untuk diisi oleh profesional komputer yang dihadkan kepada Pengatur Rancangan hinga Pengurusan Komputer. Pencadangan silibus yang bersesuaian dengan kehendak kerjaya masakini adalah dicadangkan berdasarkan hasil penganalisaan dan kajian dari maklumat yang diperolehi. Diharapkan kajian ini dapat memberikan sedikit panduan untuk kajian-kajian lain di masa hadapan demi untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pendidikan apabila menghadapi alam pekerjaan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005265 LB2362.M3 F26 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order