Cover image for CAI - computer aided instruction : matematik moden tingkatan IV
Title:
CAI - computer aided instruction : matematik moden tingkatan IV
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem saja : MFL 1801 ra
Abstract:
Secara umumnya, kajian ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa klasifikasi tertentu bagi memudahkan perbincangan mengenai kajian ini, maka klasifikasi yang akan diterangkan nanti merupakan jalan yang agak sistematik serta mudah untuk memahami seluruh kandungan kajian ini. Pertamanya, kajian ini menerangkan tentang penggunaan komputer secara umumnya dalam bidang pendidikan. Ianya merangkumi perbincangan mengenai 'kearifan komputer', implikasi umum penggunaannya serta beberapa masalah serta isu yang timbul disebalik penggunaannya. Seterusnya bidang kajian ini memberikan penekanan khusus kepada penggunaan satu kategori komputer dalam bidang pendidikan, iaitu "Computer Aided Instruction" (CAI). Selain dari memberikan pengertiannya, kajian ini membincangkan juga tentang aplikasi atau penggunaan CAI dalam pendidikan, yang khususnya menekankan kepada matapelajaran Matematik Moden. Seterusnya, kajian ditumpukan kepada penggunaan CAI dalam Matematik Moden Tingkatan IV. Dalam bahagian ini, sebanyak lima tajuk yang dirasakan sesuai telah dipilih untuk diaplikasikan melalui komputer. Tajuk-tajuk berkenaan merangkumi : i) Persamaan Linear ii) Matris iii) Pengaturcaraan Linear iv) Graf dan fungsi Aljabar v) Vektor. Dalam bahagian ini, sedikit sebanyak penerangan mengenai tajuk tadi diberikan. Penerangan ini adalah berdasarkan kepada sukatan matapelajaran yang didapati dari Pusat Perkembangan Kurikulum Sekolah-Sekolah, KP di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Disamping itu, beberapa contoh yang disusuli dengan soalan disediakan bagi menguji kefahaman para pelajar. Kajian in turut menyentuh tentang aspek merekabentuk dan dokumentasi tajuk-tajuk tertentu, iaitu Matris dan Persamaan linear. Tajuk tersebut telah diimplementsikan pada komputer mikro Apple IIe menggunakan bahasa APPLESOFT Basic yang terdapat di Institut Sains Komputer (ISK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Akhir sekali kajian ini disudahi dengan memberikan kesimpulan terhadap keseluruhan kajian termasuklah memberikan beberapa cadangan yang dikemukakan sebagai saranan yang dirasakan sesuai dan perlu. Walaupun terdapat beberapa kesulitan semasa melaksanakan kajian ini, terutama dari segi membangunkan aturcara khususnya bagi penggunaan teks dalam mod grafik resolusi tinggi, dan masalah-masalah yang agak kecil seperti kos kajian, persoalan teknikal dan seumpamanya, namun ianya tidak menggangu kelancaran kajian ini. Tegasnya ia dapat diatasi dengan usaha yang dilipatgandakan. Secara keseluruhannya berhubung dengan kajian ini, adalah dirasakan ianya telah dapat dihasilkan dengan agak sempurna. Namun demikian, sedikit sebanyak kekurangan yang mungkin wujud haruslah dijadikan satu titik renungan bersama untuk memperbaikinya. Apa yang lebih penting, kajian ini menjadi suatu 'titik permulaan' supaya bidang ini diterokai dengan lebih mendalam lagi. Apatah lagi apabila menyedari ianya amat berkesan aplikasinya dibidang pendidikan secara umumnya.
Added Author:
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004968 QA20.C65 H37 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000004123224 QA20.C65 H37 1986 raf Non Circulating UTM Special Collection Materials Restricted & Confidential UTM Project Paper
Searching...

On Order