Cover image for Penggunaan plot rohrschneider untuk menghasilkan turus padatan resolusi tinggi dalam kromatografi gas-cecair
Title:
Penggunaan plot rohrschneider untuk menghasilkan turus padatan resolusi tinggi dalam kromatografi gas-cecair
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8130 ra
Abstract:
Kaedah pe,isahan menggunakan Kromatografi Gas adalah satu kaedah untukmengasingkan komponen-komponen yang mudah meruap dalam satu campurankompleks melalui penyebaran antara dua fasa iaitu fasa pegu dan fasa bergerak. kajian ini menjurus kepada kromatografi gas-cecair iaitu fasa pegun terdiri daripada cecair manakala fasa bergerak adalah gas. Turus yang digunakan ialah turus padatan sepanjang 183 cm, jenis keluli tahan karat. Pada permulaan kajian, empat turus masing-masing dilabelkan A1, B1,C1 dan D1 dipadatkan dengan 3.00% fasa cecair pegun yang berbeza keatas pepejal sokongan gasChrom Q II. Turus A1 adalah untuk Skualana (SQ),turus B1 untuk Carbowax 20M,turus C1 untuk Trikresilfostat (TCP), dan turus D1 untuk Dinonil Ftalat (DNP). Sampel campuran yang digunakan terdiri daripada lapan komponen yang merupakan sebatian hidrokarbon berklorin. setrusnya sampel dipisahkan melaluisetiap turus dengan alat GC-14A Chromotograph dan C-R4A Chromatopac Shimadzu. Alat pengesan pada GC-14A Chromatograph yang digunakan ialah Pengesan Pengionan Nyala (PPN) pada suhu 200'C. Pemisahan dilakukan dengan setiap turusberada pads suhu 50'C, penyuntik 150'C dan tekanan gas pembawa Nitrogen pada1.5 kgcm-2. Dengan menggunakan Plot Rohrshineider, graf In @rel dan In @rel masing-masing melawan kekutuban dilukiskan bagi keempat-empat hasil pemisahan. Berdasarkan kepada plot Rohrschneider, dua turus yang menunjukkan pemisahan terbaik ditentukan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002457582 QD79.C45 H36 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order