Cover image for Tinjauan awal proses runding cara pengajaran yang diamalkan oleh guru pakar
Title:
Tinjauan awal proses runding cara pengajaran yang diamalkan oleh guru pakar
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8613 ra
Abstract:
Guru yang menunjukkan kualiti bermutu dari segi peribadi, profesion dan sosial serta menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi kerja berpeluang dinaikkan pangkat kejawatan guru pakar. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan proses runding cara yang dilakukan oleh guru pakar siswazah di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Terdapat lima peringkat pelaksanaan proses runding cara yang dibincangkan dalam kajian ini. Di peringkat permulaan proses runding cara, didapati ramai guru pakar yang mengambil inisiatif membuat pertemuan dengan guru yang memerlukan perundingan bagi mengumpul data. Berterus terang dan kiasan merupakan cara penjelasan masalah yang dilakukan oleh guru pakar di peringkat kedua. Pada peringkat ketiga guru pakar berperanan membincang, mencadang dan membantu guru yang memerlukan perundingan membuat keputusan di antara berbagai alternatif untuk dilaksanakan. Di peringkat keempat, guru pakar menilai proses runding cara melalui pencerapan di bilik darjah, pemerhatian dari jauh dan penilaian kendiri oleh guru yang memerlukan perundingan. Penamatan proses dilakukan oleh guru pakar apabila guru yang memerlukan perundingan berpuas hati terhadap pelaksanaan proses runding cara. Di antara faktor yang mempengaruhi kejayaan proses perundingan ialah hubungan yang rapat, bidang pengkhususan dan taraf kelayakan akademik yang sama di antara guru pakar dengan guru yang memerlukan perundingan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003415373 LB1027 H37 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order