Cover image for Pengaruh-pengaruh senibina Moorish di Malaysia dengan rujukan khas kepada bangunan-bangunan awam
Title:
Pengaruh-pengaruh senibina Moorish di Malaysia dengan rujukan khas kepada bangunan-bangunan awam
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2792 ra
Abstract:
Akhir-akhir ini topik senibina telah menjadi satu isu yang sering dipersoalkan dan dibincangkan dan ini memperlihatkan satu minat yang timbul dari pengaruh dan kesan pembangunan fizikal dan persekitaran yang sedang pesat berlaku dinegara ini. Tetapi pengaruh yang ingin diperkatakan disini bukanlah berunsur tempatan, ianya dibawa kesini sejak zaman kolonial lagi. Malaysia aaadalah sebahagian kecil negara-negara di Timor Jauh yang masih menilai akan senibina zaman silam. Walaupun sebahagiannya telah menunjukkan keruntuhannya, tetapi yang ketara ialah ianya telah dibekalkan dari hasil usaha 'conservationist'. Di Kuala Lumpur menara, kubah dan gerbang corak 'Moorish' dibangunan pentadbiran, stesyen keretapi, Pejabat Besar Pos telah dikelilingi oleh bangunan-bangunan pencakar langit dan jejantas. Oleh kerana pengaruhnya yang kukuh bangunan-bangunan ini telah dapat memberikan pada pusat bandaraya Kuala Lumpur identitinya yang tersendiri iaitu sesuatu yang tidak diketepikan oleh syarikat-syarikat pelancongan dimana dibrochure'nya, mereka tidak lupa memaparkan gambar Bangunan Sultan Abdul Samad. Pengaruh luar yang terdapat dibangunan ini mencerminkan kebudayaan yang berkeperibadian tersendiri yang juga mempersoalkan pengaruh-pengaruh keugamaan. Menyedari tentang hakikat ini maka didalam kajian ini saya cuba memaparkan tentang kekayaan teknologi dan ilmu bangsa silam melalui pengaruh senibina khususnya melalui pengaruh senibina 'Moorish'. Pemaparan seperti ini diharapkan dapat memperkenalkan kepada umum tentang ciri-ciri senibina 'Moorish'. Oleh yang demikian dapat memupuk kesedaran umum tentang penggunaan daya kreatif yang timbul hasil dari daya pemikiran Islam didalam pengaruh-pengaruh senibina 'Moorish' di Malaysia amnya dan di Kuala Lumpur khususnya. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenali senibina 'Moorish' dan pertaliannya dengan sejarah. Selain dari itu diharapkan dengan kajian ini dapat memberi kesedaran pada orang ramai bahawa sesuatu yang lama itu indah dan cantik. Oleh itu bangunan-bangunan lama tidak seharusnya dirobohkan dengan sesuka hati diatas nama kemajuan tetapi hendaklah dipelihara dengan cermat dan 'environmental impact' disekitar bangunan ini hendaklah dikawal. Kajian ini difokaskan kepada tiga aspek penting, pertama adalah aspek senibina Islam kerana ianya adalah asas dan latar belakang terhadap senibina 'Moorish'. Kedua, kajian ini menyentuh tentang sejarah perkembangan senibina 'Moorish' dan pertaliannya dengan masyarakat tempatan. Aspek-aspek ini adalah yang terpenting dalam kajian ini kerana ianya adalah satu faktor yang membentuk pengaruh senibina 'Moorish' disini. Skop ketiga kajian ini lebih bersifat teknikal dimana ianya akan mengupas secara mendalam setiap bangunan yang dikatakan mempunyai pengaruh 'Moorish' di Malaysia. Didalam kajian ini pengaruh-pengaruh yang dinyatakan seboleh-bolehnya dikaitkan dengan bangunan-bangunan yang ada dikawasan Maghreb. Bangunan-bangunan yang dipilih sebagai 'asas' untuk mentafsirkan pengaruh-pengaruh senibina 'Moorish' di Malaysia dalam kontek Semenanjung adalah seperti berikut: 1.0 Masjid Zahir, Alor Star; 2.0 Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar; 3.0 Bangunan Pentadbiran dan Stesyen Keretapi; 4.0 Pusat Penerangan; 5.0 Bangunan Sultan Abdul Samad; 6.0 Mahkamah Tinggi; 7.0 Dewan Bandaraya; 8.0 Pejabat Besar Pos; 9.0 Jabatan Kerja Raya Selangor. Kajian ini diakhiri dengan penganalisaan secara umum tentang perkembangan senibina 'Moorish' masakini dari observasi yang dilakukan dan mempersoalkan pertembungan antara pengaruh, konsep dan nilai baru dan lama dalam bentuk senibina tempatan. Daripada kajian ini adalah diharapkan agar ianya dapat menyedarkan semua pihak akan kemungkinan menggunakan ciri senibina berunsurkan pemikiran Islam dan seterusnya sebagai pendorong dalam usaha melengkapkan segala rujukan terhadap unsur pengaruh luar dalam senibina tempatan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002966 NA380 H44 1981 ra Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002435364 NA380 H44 1981 ra Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order