Cover image for Penyingkiran warna dan logam berat menggunakan karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit (TEKESA)
Title:
Penyingkiran warna dan logam berat menggunakan karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit (TEKESA)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8365 ra
Abstract:
Pelepasan air sisa secara terus ke persekitaran tanpa dirwat terlebih dahulu boleh mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar daris egi pencemaran air. Penggunaan air secara terus daripada sumber bekalan air yang tercemar akan membawa bahaya kepada kesihatan pengguna serta wujudnya pelbagai jenis penyakit. Kandungan dari segi werna, bau, kewujudan logam berat dan lain-lain lagi akan mengubah keadaan asal air. Pengawalan kualiti air adalah perlu bagi menjamin air berkenaan agar bersih dan selamat digunakan. Oleh itu pengawalan perlu dibuat untuk memastikan efluen menepati standarad efluen. Penggunaan teknik penjerapan untuk merawat air sisa dan menyingkirkan bahan organik dan logam berat telah dipraktikkan oleh kebanyakan industri. Kajian ini berkenaan dengan penggunaan tempurung kelapa sawit terubah suai (TEKESA) sebagaibahan penjerap atau pengganti karbon teraktif untuk merawat air larut lesap yang dikumpul dari tapak pelupusan. Dari ujikaji, penyingkiran Plumbum dalam turus TEKESA 30cm adalah kira-kira 77% untuk kadaralir 20 ml/min dn 70% kadaralir 45 ml/min. Penyingkiran untuk kadmium ialah 45% untuk kadaralir 20ml/min dan 38% untuk kadaralir 45 ml/min. Penyingkiran plumbum ialah 85% dan 90% untuk kadmium dalam turus TEKESA 60cm berkadaralir 20 ml/min. hasil daripada penyingkiran werna oleh turus 30cm TEKESA ialah 60% bagi turus berkadaralir 20 ml/min dan 80% untuk kadaralir 45 ml/min. Penyingkiran warna bagi turus TEKESA 60cm ialah 55% untuk kadaralir 20ml/min. Penjerapan oleh tempurung kelapa sawit terubah suai sebagai pengganti karbon teraktif ialah berbeza pada kadaralir yang berbeza. Hasil daripada kajian makmal yang dibuat, turus TEKESA kadaralir 45 ml/min menunjukkan potensi untuk menyingkirkan warna dan logam berat berbanding dengan turus TEKESA 30cm berkadaralir 20 ml/min. Dapat juga dilihat bahawa turus TEKESA 60cm lebih berkesan untuk menyingkirkan warna dan logam berat berbanding dengan turus TEKESA 30cm.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002862450 TD758.5.H43 I85 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order