Cover image for PC-based sign language to text conversion system
Title:
PC-based sign language to text conversion system
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1994
General Note:
Loan in microfilm form only : MFL 8154 ra
Abstract:
Salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat pekak ialah bagaimana berhubung secara berkesan dengan orang biasa. Ini adalah kerana bilangan orangramai yang memahami bahasa isyarat orang pekak adalah sedikit. Oleh itu, satu alat pengecam dari bahasa isyarat kepada pertuturan perlu dibina untuk membantu orang pekak berhubung dengan masyarakat.Pada peringkat awal, sistem ini akan dibina berasaskan komputer persendirian. Sistem ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan pengencaman bahasa isyarat kepada teks dan bahagian kedua melibatkan penukaranteks kepada pertuturan melalui teknik pensintesisan suara. Projek ini meliputi pembinaan bahagian pertama.Sistem pengecaman bahasa isyarat kepada teks ini mengandungi beberapa bahagian. Ini termasuk: satu sistem pengesan untuk mengecam abjad tangan (manualalphabet), satu sistem penjana kod yang menjanakan kod yang mewakili setiap abjad tangan, dan satu perantaramuka yang mengantaramukakan sistem inidengan komputer persendirian. Selain daripada itu, sistem ini juga mengandungi satu aturcara komputer untuk perlaksanaan operasi.Sebuah sistem prototaip telah dibina dalam projek ini, dan sistem ini telahberjaya mengecam kesemua 26 abjad tangan. Adalah diharapkan projek ini akanmenjadi baru loncatan kepada usaha pembangunan sistem pengecam bahasa isyarat kepada pertuturan yang akan memanfaatkan masyarakat pekak secara keseluruhannya.
DSP_DISSERTATION:
Project paper (Bachelor of Electrical Engineering) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002424731 TK7882.S65 L56 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order