Cover image for The application for strata titles under the strata titles Act 1985 : procedures, problems and implications
Title:
The application for strata titles under the strata titles Act 1985 : procedures, problems and implications
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7449 ra
Abstract:
Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat selepas mencapai kemerdekaan. Urbanisasi yang pesat telah menyebabkan permintaan tanah bandar meningkat dengan hebatnya. Harga tanah bandar telah meningkat berlipat ganda dan ini telah menyebabkan perlunya untuk memaksimakan kegunaan tanah pada tahap yang optima. Dengan ini, banyak pembangunan bercorak densiti sederhana dan tinggi telah berlaku danseterusnya, mewujudkan permintaan terhadap hak-hak pemilikan. Dengan demikian, timbul keperluan untuk memperuntukkan kaedah supaya unit-unit perumahan dan perdagangan boleh dibeli dan satu corak instrumen pemilikan yang dikenalisebagai hakmilik strata telah diperkenalkan. Akta Hakmilik Strata dikuatkuasakan pada 1 Jun 1985. Semenjak pengenalanya, kemajuan yang dicapai adalah kurang memuaskan. Banyak bangunan yang boleh dipecahbahagikan masih lagi tidakdikeluarkan hakmilik strata, walaupun bangunan itu telah siap bertahun-tahun lamanya. Kelewatan atau kegagalan mengeluarkan hakmilik strata telah menjadi suatu penomena biasa. Ini adalah disebabkan banyak masalah dihadapi dalam proses permohonan dan pendaftaran hakmilik strata. Tanpa hakmilik strata dikeluarkan kepada unit-unit individu, iatelah mengakibatkan beberapa implikasi yang teruk. Kesusahan yang dialami boleh dilihat dari semua pihak yang terlibat dalam proses pembangunan, iaitu pemaju, pembiaya kewangan, pembeli dan juga masyarakat umum. Isu kritikal berkaitan dengan kelewatan atau kegagalan pengeluaran hakmilik strata telah mencapai suatu tahap yang serius yang memerlukan penyelesaian serta merta. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlu diambil dan dilaksanakan dengan secepat mungkin sebelum situasi ini mencapai suatu tahap yang tidak dapat diselesaikan. Keperluan ini menjadi satu kemestian dengan mempertimbangkan bahawa pada dekad dan masa yang akan datang, trend pembangunan bandar kebanyakkannya adalah dalam bentuk pembangunan densiti sederhanadan tinggi di mana permohonan hakmilik strata adalah dijangkakan akan bertambah. Adalah menjadi tujuan projek khasini untuk mengemukakan masalah-masalah yang mengakibatkankelewatan atau kegagalan pengeluaran hakmilik strata serta implikasinya. Cadangan-cadangan bagaimana mengatasi masalah-masalah ini dengan efektifnya dan bagaimana melaksanakan Akta Hakmilik Strata dengan prograsifnya juga dikemukakan. Dalam penulisan projek khas ini, segala informasi yang dinyatakan adalah betul pada 31 disember 1990 kecuali dinyatakan sebaliknya. Undang-undang yang terlibat jugadinyatakan seperti pada 31 Disember 1990.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226161 HD1390.5.M3 L56 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order