Cover image for Pengubahsuaian dan pencirian mordenit semula jadi dari Indonesia ke arah permangkinan heterogen cecair poliisoprena dan n-butana
Title:
Pengubahsuaian dan pencirian mordenit semula jadi dari Indonesia ke arah permangkinan heterogen cecair poliisoprena dan n-butana
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8136 ra
Abstract:
Zeolit amat penting dalam industri dewasa ini terutama sekali sebagai mangkin, penukar ion, penjerap dan penapis molekul. Zeolit terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sintetik dan semulajadi. Pasaran bagi zeolit semula jadimasih kecil dari sudut industri berikutan kejayaan yang dicapai olehzeolit sintetik. Banyak spesies zeolit semula jadi yang dipercayai mempunyainilai komersial didapati dengan banyak di sesetengah negara dalam kawasan Asia Tenggara, misalnya di Indonesia. Kajian ini tertumpu kepada zeolitmordenit semula jadi yang diperolehi daripada abu gunung berapi di Indonesia. Ketulenan mordenit semula jadi telah dibuktikan dalam kajian terdahulu.Hasil ini merangsang penyelidikan lanjut terhadap mordenit sebagai mangkinkomersial dalam industri. Dalam penyelidikan ini, mordenit telah diubahsuaikan untuk mengawal keasidan dan/atau kepilihan serta menghasilkan mangkin heterogen yang stabil. Kaedah-kaedah pengubahsuaian yang digunakan adalahpenukaran kation, pengolahan kimia dengan menggunakan (NH4)2SiF6 dan hidroterma. Beberapa teknik pencirian digunakan termasuk spektroskopi IM,PS-X danRMN. Ujian mangkin dijalankan melalui tindak balas pengisomeran n-butana dandengan cecair poliisoprena sebagai tindak balas peraga dengan menggunakan reaktor kelompok. Analisis hasil oleh kromotografi gas, spektroskopispektrum IM dan kromatografi penelapan gel dibincangkan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002457392 QE391.M8 L55 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order