Cover image for Jalan Raja Laut : prospeknya sebagai letakan pejabat yang utama di Kuala Lumpur
Title:
Jalan Raja Laut : prospeknya sebagai letakan pejabat yang utama di Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1602 ra
Abstract:
Projek Khas ini mengkaji Jalan Raja Laut dari segi pertumbuhan, perkembangan dan potensi masadepannya sebagai satu lagi letakan pejabat yang utama di Kuala Lumpur. Kajian ini memperkenalkan ciri-ciri khusus bagi jalan tersebut dan berusaha mengaitkan ciri-ciri ini dengan guna tanah pada masakini. Kajian ini oleh itu menyingkap sebab-sebab mengapa jalan tersebut mempunyai prospek masadepan yang begitu cerah dalam pembangunan bangunan pejabat berdasarkan kepada pola pembangunan semasa yang diperlihatkan. Kemunculan banyak projek-projek pembangunan di letakan ini di sebalik keadaan pasaran yang kurang menggalakkan masih sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara yang diramalkan akan pulih sepenuhnya dari keadaan kemelesetan menjelang tahun 1990 ini dan bertambahnya permintaan dan keperluan untuk ruang pejabat. Nilai prestij akan bangunan-bangunan di letakan jalan ini adalah akibat daripada pelbagai aktiviti perdagangan dan pentadbiran yang melibatkan sektor-sektor awam dan swasta. Penilaian dibuat terhadap penawaran dan permintaan ruang pejabat di Kuala Lumpur amnya dan di Jalan Raja Laut khususnya bagi melihat pengaruh faktor-faktor itu terhadap sewa ruang. Kadar sewa ruang pejabat di Jalan Raja Laut tetap stabil di sepanjang tahun 1983 ini meskipun nilai sewa di Kuala Lumpur mengalami kejatuhan di awal tahun tersebut akibat lebihan penawaran ruang berbanding dengan paras sewa yang tinggi pada tahun sebelumnya. kenaikan nilai tanah di letakan ini juga dipengaruhi oleh faktor nisbah plot. Kelonggaran kawalan nisbah plot bermakna pembangunan bangunan menara tinggi digalakkan. Kajian ini juga mengulas keadaan semasa dan faktor-faktor yang akan menentukan kejayaan Jalan Raja Laut sebagai letakan penting bagi pejabat di samping lain-lain kegunaan tanah. Diantara faktor-faktor yang di fokus ialah kualiti letakan dan bangunan, kemudahn letak kereta dan pelbagai kemudahan perkhidmatan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003525 HE336.E3 M35 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000131239 HE336.E3 M35 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order