Cover image for Penggunaan bahan pengukuh dalam sisa kisaran konkrit berasfalt
Title:
Penggunaan bahan pengukuh dalam sisa kisaran konkrit berasfalt
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7975 ra
Abstract:
Penggunaan semula konkrit berasfalt merupakan satu teknologi baru di Malaysia. Kajian literature telah menunjukkan bahawa bahan kisaran konkrit berasfalt hasil kikisan sebelum penurapan semula boleh digunakan semula sebagai lapisan permukaan jalan dengan berbagai-bagai kaedah. Kebanyakan daripada kaedah tersebut menggunakan bahan pemulih (rejuvenating agent) yang dibeli dari luar negeri dengan harga yang mahal bagi mengembalikan semula sifat-sifat asal konkrit berasfalt. Kajian ini akan menumpukan kepada penggunaan minyak kelapa sawit yang mudah didapati dan harganya murah sebagai agen pemulih sisa kisaran turapan konkrit berasfalt. Langkah awal adalah membuat penggredan danmenentukan kandungan bitumen dalam sisa kisaran yang diperolehi. Penyediaan sampel-sampel Marshall serta penambahan kandungan minyak kelapa sawit dalam sisa kisaran mengikut kadar tertentu dibuat. Seterusnya ujian makmal terhadap kestabilan, lekukan, ketumpatan dan kandungan lompang akan dilakukan ke atas sampel-sampel ini. Keputusan ujian makmal akan dibandingkan dengan spesifikasi JKR bagi menentukan kandungan minyak kelapa sawit optima yang perlu ditambah kepada sisa kisaran konkrit berasfalt. Penyediaan sampel-sampel dengan penambahan kandungan minyak kelapa sawit optima dibuat dan ujian beban dinamik akan dilakukan terhadap sampel tersebut untuk mendapatkan keberkesanan minyak kelapa sawit sebagi bahan pemulih. Keputusan yang didapati diharap dapat membantu dan memberikan ramalan awal tentang campuran sisa kisaran dan dijadikan asas kepada kajian selanjutnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002196842 TE275.M98 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order