Title:
Perancangan kawasan lapang untuk pembangunan semula Kampong Pandan Tengah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4339 ra
Abstract:
Kegiatan lipurdiri dan riadah sebagai satu segi kehidupan kian menjadi penting. Ini berpunca dari bertambahnya keinginan orang ramai dalam kegiatan ini dan juga kerana bertambahnya waktu lapang serta kemampuan kewangan. Bagaimanapun, dalam kontek Kuala Lumpur, kegiatan-kegiatan tersebut adalah terhalang kerana kurangnya kemudahan-kemudahn lipurdiri bukan sahaja dari mutu tetapi kuantitinya juga sukar didapatkan. Hasil daripada ini, aspek kawasan lapang telah menjadi input penting di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur. Selanjutnya, kajian ini dijalankan bagi merangka penyediaan kawasan lapang kepada perumahan berkepadatan tinggi. Kawasan perumahan setinggan Kampong Pandan Tengah dipilih sebagai satu kawasan kajian untuk pembangunan semula perumahan berkepadatan tinggi. Bagi kawasan setinggan sememangnya tidak dirancang, kemudahan kawasan lapang tidak dititikberatkan samasekali. Ketiadaannya merupakan masalah utama penduduk disini untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lipurdiri. Selain daripada kajian fizikal, kajian sosio-ekonomi juga dibuat bagi mengetahui kemampuan dari segi masa, tenaga dan kewangan penduduk-penduduk disini untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kawasan lapang. Ianya mempengaruhi penyediaan elemen-elemen kawasan lapang yang akan disediakan. Penyelesaian kepada masalah kurangnya kawasan lapang setiap kawasan perumahan dikemukakan dengan membuat penyusunan (layout) kepada jenis-jenis rumah yang berbeza-beza. Umpamanya, rumah jenis kelompok (cluster) dapat menghasilkan satu kawasan lapang dengan membuat penyusunan terhadap bangunan dan setiap kelompoknya. Begitu juga perumahan link penyusunan diantara kelompoknya dapat menghasilkan satu kawasan lapang. Perancangan yang menyeluruh di dalam 'section' 7 perlu dibuat bagi mendapatkan keseluruhan kawasan lapang yang mencukupi. Penyediaannya yang mengikuti perancangan yang sedemikian dapat menghasilkan satu rangkaian kawasan lapang yang mencukupi pada takat 2.7 ekar bagi tiap-tiap seribu orang penduduk. Pada jenis kawasan lapang yang disediakan elemennya dibuat dengan teguh dan kuat seperti penggunaan batu keras, konkrit, tanah pasir dan sebagainya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983
Available:*
Library | Item Barcode | Call Number | Material Type | Item Category 1 | Status |
---|---|---|---|---|---|
Searching... | PRZS3000003932 | HT169.M32 K63 1983 raf | Closed Access Thesis | UTM Project Paper (Closed Access) | Searching... |
Searching... | 30000002413379 | HT169.M32 K63 1983 raf | Reference Book | UTM Project Paper (Open Shelves) | Searching... |