Cover image for Penentuan kesesuaian pembangunan jenis-jenis industri pembuatan peringkat daerah : kajian kes : Daerah Johor Bahru
Title:
Penentuan kesesuaian pembangunan jenis-jenis industri pembuatan peringkat daerah : kajian kes : Daerah Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8058 ra
Abstract:
Sektor perindustrian (industri pembuatan) akan terus menjadi semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Namun ebgitu, pembangunan perindustrian sering kali tertumpu pada wilayah yang telah maju, menyebabkan wilayah yang maju terus berkembang maju, manakala wilayah yang kurang maju terus ketinggalan. oleh itu, menyedari hakikat ini, jururancang bandar dan wilayah memainkan peranan yang penting untuk mengimbangi jurang perbezaan pembangunan melalui perancangan pengagihan pembangunan perindustrian dan menyelerakkan pembangunan perindustrian ke wilayah yang kurang maju. Di samping itu, ini adalah selaras dengan strategi pengkhususan industri terpilih di kawasan yang tlah membangun di bawah Rancangan Malaysia Ke Enam. Oleh itu, kajian ini yang menekankan kepada penentuan kesesuaian pembangunan jenis industri peringkat daerah adalah penting untuk mengagihkan pembangunan perindustrian yang selama ini tertumpu di Daerah Johor Bahru ke daerah-daerah lain di Negeri Johor, selanjutnya menyumbang untuk mencapai strategi menyelerakkan pembangunan perindustrian sepertimana yang telah disarankan dalam Pelan Ekonomi Negeri Johor 1990-2005 dan Rancangan Malaysia KeEnam Negeri Johor. Dalam menentukan kesesuaian pembangunan jenis-jenis industri pembuatan di dalam satu-satu wilayah, selain daripada mengambilkira aspek tren perkembangan industri, aspek dasarperindustrian dalam perancangan wilayah dan kelebihan lokasi wilayah juga tidak boleh diabaikan. Ini disebabkan oleh tren perkembangan jenis-jenis industri yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan didapati ianya tidak semestinya selaras dengan aspek dasar perindustrian dan kelebihan lokasi wilayah pada masa hadapan. dalam pada itu, hasil penemuan kajian mendapati jenis-jenis industri yang sesuai dibangunkan di Daerah Johor Bahru termasuk industri makanan, minuman, kimia, petrokimia, galian bukan logam, logam siap dibentuk, besi keluli dan tembikar kaca. Hasil penemuan ini didapati selaras dengan saranan Pelan Ekonomi Negeri Johor dan Rancangan Malaysia ke Enam Negeri Johor untuk menyelerakkan pembangunan perindustrian ke wilayah kurang maju dan selanjutnya memajukan industri terpilih di kawasan yang telah membangun. penemuan kajian ini juga didapati ianya telah memperlengkapkan dan menginterpretasi dasar pembangunan perindustrian peringkat negeri dalam konteks daerah yang lebih terperinci khususnya terhadap jenis-jenis industri yang sesuai dimajukan di Daerah Johor Bahru. walau bagaimanapun, untuk memperkemaskan kajian ini supaya ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan, kajian lanjutan yang berhubung dengan agihan reruang dengan mengambilkira aspek alam sekitar perlulah, dipertekankan. Kajian ini juga dapat diperincikan sama ada dalam formulasi dasar pengkhususan industri mengikut daerah, pemberian insentif dan peningkatan kelebihan lokasi dalam wilayah agar industri-industri yang telah dikenalpasti sesuai dibangunkan dapat terus berkembang dan maju pada masa hadapan. Justeru itu, menyumbang ke arah mencapai Wawasan Negeri Johor 2005 dan Wawasan Negara 2020.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002368557 HD58 S52 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order