Cover image for Prestasi sisa kisaran konkrit berasfalt dengan minyak kelapa sawit sebagai agen pemulihan
Title:
Prestasi sisa kisaran konkrit berasfalt dengan minyak kelapa sawit sebagai agen pemulihan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7975 ra
Abstract:
Penggunaan semula sisa kisaran lapisan permukaan jalanraya walaupun baru dipraktikkan di negara kita, adalah satu teknologi yang telah lama diperkenalkan di negara barat. Penggunaan semula sisa kisaran konkrit berasfalt sebagai lapisan permukaan jalanraya berpotensi untuk menjimatkan wang dan tenagadisamping dapat mengekalkan sumber-sumber alam dan ekologi. Kelebihan teknik ini boleh dipraktikkan hanya apabila prestasi/keupayaan sisa kisaran inimenyamai bahan-bahan yang baru. Dalam projek ini sisa kisaran konkrit berasfalt yang hendak digunakan semula di kaji dan dinilai menggunakan ujikaji makmal wheel tracking. Dua jenis agen pemulihan (atau disebut juga agen pengukuh) digunakan iaitu minyak kelapa sawit dan cyclogen. Tujuan utama menggunakan agen pemulihan ini ialah untuk mengembalikan sifat-sifat asal bitumen agar sesuai bagi kegunaan pembinaan dan kelasakkan, disamping itu, minyakkelapa sawit ialah produk tempatan, murah dan mudah didapati. Cyclogen pula ialah bahanyang biasa digunakan sekarang dalam proses guna-semula sisa kisaran, ia dimpot dari luar negara dan mahal, ia juga dikatakan mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan barah. Dalam ujikaji wheel tacking, sampel yang disediakan secara campuran panas digaulkan dengan kandungan agen pemulihan yang berbeza-beza dan diuji rintangannya terhadap perpaluhan. Keputusan ujikaji di analisa dan dijadualkan. Dari data-data ini, perkiraan dibuat untuk mendapatkan kadar pembentukan perpaluhan, jumlah pusingan roda untuk terbentuknya 10 mm perpaluhan, bilangan trafik maksima untuk 20 tahun usia, dan jumlah bilangan gandar piawai. Berdasarkan keputusan ini, bersama-sama dengan penemuan dari penyelidik-penyelidik sebelum ini, kesimpulan mengenai kesesuaian minyak kelapa sawit sebagai agen pemulihan dan kandungan yangoptima boleh dibuat. Kesesuaian ini hanya dari aspek rintangannya terhadap perpaluhan, kerana harus diingat bahawa terdapat berbagai ciri-ciri strukturyang mesti dipenuhi bagi memperolehi campuran yang baik. Kajian literatur terhadap proses guna semula dan aspek-aspek ubah bentuk kekal dalam campuranberbitumen juga dimuatkan sebagai latar belakang ujian dan untuk meluaskan skop perbincangan. Perbincangan, ulasan terhadap keputusan ujikaji dan penemuan-penemuan penting serta cadangan-cadangan keatas kajian selanjutnya dibentangkan di bahagian kesimpulan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002194870 TE275.Z34 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order