Cover image for Kesan konsep kendiri terhadap tingkah laku murid-murid
Title:
Kesan konsep kendiri terhadap tingkah laku murid-murid
Personal Author:
Publication Information:
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8240 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan konsep kendiri terhadap tingkahlaku murid-murid. Dua bidang konsep kendiri yang dikaji ialah konsep kendiribukan akademik dan konsep kendiri akademik. Tingkah laku murid-murid pula terdiri daripada tingkah laku akedemik dan tingkah laku bukan akademik.Faktor-faktor latar belakang murid iaitu suasana keluarga, status sosioekonomi keluarga dan kecerdasan dikaji bersama sebagai faktor eksogenus keranafaktor-faktor ini dipercayai mempunyai kesan dalam pembentukan konsep kendiri mereka.Dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berasaskan faktor-fakrfaktor latar belakang mereka, seramai 723 orang murid Tingkatan 3 daripada10 buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru, Johor telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Suasana keluarga, status sosioekonomi keluarga dankecerdasan murid-murid masing-masing telah diukur menggunakan Soal SelidikSuasana Keluarga (Moos), Soal Selidik Maklumat Murid dan Ujian kecerdasan Bebas Daripada Kebudayaan (Cattell). Konsep kendiri bukan akademik diukur menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee (Fitts) dan konsep kendiriakademik diukur menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik (Dolan &Enos). Keputusan Peperiksaan Semester 1, 1993 dijadikan sebagai ukurantingkah laku akademik dan masalah tingkah laku bukan akademik murid-muridpula ditentukan melalui penilaian guru-guru mereka dengan menggunakan Senarai Semak Madalah Tingkah Laku. Data dianalisis menggunakan Kaedah Korelasi Pearson dan Regresi Berganda dengan aras keertian berstatistik p < 0.05. Dapatan kajian adalah: (1) Tingkah laku akademik mempunyai hubungan yang positif dengan konsep kendiri akademik (r = 0.31) dan dengan konsep kendiri bukan akademik (r = 0.29). Masalah tingkah laku bukan akdademik pulamempunyai hubungan yang neegatif dengan konsep kendiri akademik (r = -0.13) dan konsep kendiri bukan akademik (r = -0.18). Konsep kendiri akademik adalah peramal yang lebih baik bagi tingkah laku akademik dan konsep kendiri bukan akademik pula adalah yang lebih baik bagi masalah tingkah laku bukan akademik. (3) Apabila faktor latar belakang dan konsep kendiri di kaji bersama sebagai peramal tingkah laku akademik, kecerdasan murid-murid merupakan peramal terbaik (B =0.35), diikuti oleh status sosioekonomi keluarga (B = 0.20), konsep kendiri akademik (B = 0.17) dan konsep kendiri bukan akademik (B = 0.15). Peramal bagi masalah tingkah laku bukan akademik pula ialah kederdasan (B = 0.20) dan konsep keniri bukan akademik (B = -0.13). (4) Analisis Laluan menunjukkan kecerdasan murid-murid juga mempunyai kesan tidak langsung terhadap tingkah laku akademik melalui konsep kendiri bukan akademik dan konsep kendiri akademik mereka. Ia juga mempynyai kesan tidak langsung kepada masalah tingkah laku bukan akademik melalui konsep kendiri tidak langsung terhadap tingkah laku akademik melalui konsep kendiri bukan akademik dan konsep kendiri akdemik. Ia juga mempunyai kesan tidak langsung kepada masalah tingkah laku bukan akademik melalui konsep kendiri bukan akademik. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan ibu bapa dalam meningkatkan kecerdasan dan konsep kendiri anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana keluarga yang positif kerana ia membantu membentuk konsep kendiri yang lebih positif yang dapat meningkatkan tingkah laku akademik dan membenteras masalah tingkah laku bukan akademik. Peranan guru-guru dalam merealisasikan keperluan untuk perkembangan kognitif dan afektif murid dengan lebih berkesan juga dibincangkan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Doktor Falsafah) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002575912 BF697.5.S43 O85 1995 raf Closed Access Thesis UTM PhD Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order