Cover image for Penggunaan tenaga suria dalam aspek senibina terhadap perumahan di Malaysia
Title:
Penggunaan tenaga suria dalam aspek senibina terhadap perumahan di Malaysia
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1770 ra
Abstract:
'Solar Energy" ataupun tenaga suria telah menarik perhatian kepada manusia pada zaman moden ini. Ini adalah kerana 2 faktor yang utama iaitu: i. Kenaikan harga dan keurangan 'fossil fuel' (bahanapi fossil) untuk kegunaan kuasa elektrik, pemanasan mahupun penyejukan pada rumah (domestic) dan dengan itu tenagan suria menjadi alternatif untuk menukarkan bahanapi fossil itu. ii. Masaalah pencemaran alam sekitar tidak berlaku menggunakan 'Solar Energy', tidak seperti bahan fossil yang mengakibatkan pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya, sehingga masalah pencemaran alam menjadi serius. Sebenarnya penggunaan tenaga suria ini bukanlah sesuatu yang baru kepada manusia. Tenaga suria telah berkembang dari A.D. 1600 yang mana sains menggantikan ketahyulan. Dan sekarang ini ketahu 2000 tenaga ini telah menjadi perbincangan hangat di seminar-seminar antarabangsa. Malaysia beriklim panas dan sentiasa bermatahari sepanjang tahun. Menjadi satu kerugian kepada kita, cahaya yang berlebihan ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga. Kita bukanlah tidak tahu, tetapi sengaja tidak mahu dan sikap ini tentu berlarutan selagi bahanapi fossil masih dapat diperolehi dengan mudah. Walhal kedapatan bahanapi ini semakin meruncing. Dengan kajian ini diharap para pelajar senibina khususnya dan arkitek amnya akan sedar akan kepentingan penggunaan tenaga suria ini. Kajian akan meliputi penggunaan tenaga ini dikawasan pendalaman dan kampung yang mana masalah talian elektrik ujud. Hendaklah diketahui disini, kajian ini bukanlah ekstrim terhadap penggunaan tenaga suria, tetapi lebih kepada proses pemahaman masalah menggunakannya. Jika menolak penggunaannya masalah lebih besar pula dihadapi masa akan datang. Penulis sedar bahawa tenagan muklear boleh menjadi sumber tenaga tetapi kesannya pencemaran amatlah tinggi. Oleh itu apa pun berlaku tenaga suria tetap sebagai alternatif utama. kos menjadi isu penting kerana penggunaannya sentias berdepan dengan masalah ini. kajian ini merupakan pendekatan kepada tindakan jangka panjang yang diambil dari segi kos.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003337 NA2542.S6 M72 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002730 NA2542.S6 M72 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order