Cover image for Pasar Budaya Kuala Lumpur - satu kajian terhadap aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi
Title:
Pasar Budaya Kuala Lumpur - satu kajian terhadap aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3680 ra
Abstract:
Projek khas ini merupakan satu kajian ke atas aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi di Pasar Budaya Kuala Lumpur. Bab Satu merupakan bab pendahuluan mengenai matlamat dan bidyang kajian dissertasi yang akan dijalankan. Bab berikutnya memberi penerangan berkenaan dengan sejarah dan latar-belakang penubuhan Pasar Budaya Kuala Lumpur dengan secara ringkas. Dalam Bab tiga, dinyatakan struktur organisasi pengurusan Pasar Budaya Kuala Lumpur. Dalam bab yang sama, penulis ingin memberi penekanan dalam aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi. Bab Empat merupakan bab kajian tapak, di mana penulis mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk kajian dissertasi ini. Begitu juga dalam Bab Lima, maklumat maklum balas akan disusun serta disembahkan dengan cara yang teratur. Seterusnya, penulis akan menjalankan analisis ke atas maklumat yang dikumpulkan, termasuk maklum balas dari penyewa dan pelanggan, kajian dan tinjauan penulis, untuk menentukan samada teknik pengurusan dalam aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi telah selaras dengan matlamat Pasar Budaya yang ditetapkan. Rumusan analisis akan diberi oleh penulis pada akhir bab ini. Dalam Bab terakhir, penulis akan mengemukakan beberapa masalah utama yang dihadapi dalam menuju ke arah matlamat yang ditetapkan. Penulis juga berusaha untuk menyediakan cadangan-cadangan agar masalah-masalah yang dialami boleh diselesaikan serta teknik pengurusan dalam tiga aspek kajian dapat dipertingkatkan. Secara keseluruhan, penulis ingin menekankan bahawa aspek campuran penyewa, pemilihan penyewa dan aktiviti promosi adalah aspek-aspek yang khusus dalam pengurusan Pasar Budaya Kuala Lumpur ang menggunakan unsur kebudayaan dalam pembentukan imej dan identitinya serta berfungsi sebagai pusat memperkenalkan dan menggalakkan seni, kraftangan dan kebudayaan Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005743 HF5430.6.M3 K46 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order