Cover image for Ekonomi reka-bentuk bangunan-bangunan komersial yang tinggi di Kuala Lumpur
Title:
Ekonomi reka-bentuk bangunan-bangunan komersial yang tinggi di Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3216 ra
Abstract:
Dissertasi ini mengkaji aspek-aspek utama bangunan-bangunan komersial tinggi dan implikasi rekabentuk-rekabentuknya terhadap ekonomi, fungsi dan penggunaan ruang. Cara-cara untuk mencapai rekabentuk-rekabentuk yang ekonomik dan memaksimakan penggunaan ruang serta fungsi ditinjau. Bangunan-bangunan komersial tinggi yang dikaji ialah pejabat-pejabat, kompleks-kompleks membeli-belah dan pejabat-pejabat yang mempunyai kompleks-kompleks membeli-belah. Kajian dissertasi ini terbahagi kepada lima bahagian, iaitu aspek-aspek am, kesenibinaan, struktur, kemudahan-kemudahan bangunan serta perancangan dan rekabentuk ruang-ruang. Bab II menunjukkan bahawa bangunan-bangunan komersial yang tinggi-tinggi kadang-kadang didirikan tanpa sebab-sebab yang kuat dan tidak mempertimbangkan perkara-perkara seperti ruang yang boleh disewakan, 'cost-inuse' dan lain-lain. Bab III mengkaji sejauh mana tapak mempengaruhi rekabentuk bangunan komersial tinggi dan implikasi ekonomiknya. Persamaan untuk mencari nisbah plot yang sesuai dikemukakan. Tujuan Bab IV ialah untuk mencari rupabentuk, rupa, saiz dan ketinggian tingkat yang elok dari segi ekonomi dan fungsi. Rekabentuk muka bangunan biasanya tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya. Jadi, Bab V membincangkan kepentingan dan cara-cara mendapatkan muka bangunan yang elok. Kemasan-kemasan bangunan-bangunan komersial tinggi serta aspek-aspeknya yang harus diperhatikan dibincangkan dalam Bab VI. Bab VII mengkaji sistem-sistem struktur dan cara-cara untuk mencapai rekabentuk yang ekonomik bagi bangunan-bangunan komersial tinggi. Rekabentuk teras perkhidmatan adalah penting. Maka, perbincangan dan perbandingan jenis-jenis susunan teras perkhidmatan dibuat dalam Bab VIII. Bab IX membincangkan perkara-perkara yang harus diperhatikan dalam merekabentuk sistem-sistem kemudahan-kemudahan bangunan dan mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang sesuai. Bab X membincangkan cara-cara untuk mendapatkan ruang-ruang medan kereta, peredaran, pejabat dan membeli-belah yang efisyen, ekonomik dan senang disesuaikan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam bab-bab lain digunakan untuk menilai (evaluate) sebuah projek cadangan dalam Bab XI. Kajian dissesrtasi ini menyimpulkan bahawa aspek estetik terlalu diutamakan dan faktor emosi mempunyai pengaruh besar dalam rekabentuk.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Bahan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002745 NA6214.M3 Q83 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order