Cover image for Perancangan lanskap hospital daerah Besut, Trengganu
Title:
Perancangan lanskap hospital daerah Besut, Trengganu
Personal Author:
Physical Description:
xiii, 70 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor: En. Abdul Latiff Mohamad

Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3088 ra
Abstract:
Alam persekitaran dan lanskap yang baik mempengaruhi keadaan corak penghidupan manusia dan lain-lain hidupan. Keperluan kepada suatu alam persekitaran yang baik itu tidak patut dipandang ringan oleh semua pihak, dan tidak hanya menggantungkan harapan kepada pihak pemerintah sahaja untuk menjaga dan mengawal keadaannya. Penghidupan manusia dan lain-lain hidupan akan lebih selesa dan bererti bila keadaan persekitarannya dijaga rapi an mempunyai nilai-nilai kecantikan. Selain daripada dapat memberi keselesaan dan nilai pandangan yang menarik, alam persekitaran dan lanskap yang baik juga dapat membantu menyegerakan penyembuhan penyakit yang dihadapi oleh manusia dan hidupan-hidupan lain. Oleh itu, amatlah wajar, kawasan-kawasan pusat rawatan dilanskapkan untuk mengujudkan suasana persekitaran yang baik dan sesuai dengan fungsinya sebagai pusat rawatan. Hospital daerah Besut, adalah salah satu pusat rawatan, tapi ianya mengalami masalah alam persekitaran yang tidak sesuai. Ini adalah disebabkan berlakunya pengabaian oleh pihak-pihak tertentu terhadap lanskap dan alam pesekitarannya. Kesan yang lahir dari pengabaian tersebut, menyebabkan keadaan penghidupan para pengguna dan kakitangan di hospital ini menjadi tidak selesa. Memandangkan ujudnya masalah tersebut, maka adalah perlu diadakan pembaikan-pembaikan tertentu di hospital ini. Tujuannya adalah untuk melahirkan suasana alam lanskap dan persekitaran yang sesuai dengan fungsinya, sebagai pusat rawatan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002699 NA6763.7 H32 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000007435 NA6763.7 H32 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order