Cover image for Kajian pengangkutan endapan di dasar laut serta penglibatan kerja-kerja hidrografi
Title:
Kajian pengangkutan endapan di dasar laut serta penglibatan kerja-kerja hidrografi
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 8030 ra
Abstract:
Proses longgokon bahan-bahan endapan yang bergerak di dasar laut dikenali sebagai mendapan. Berlakunya pergerakan bahan-bahan tersebut adalah disebabkanoleh faktor persekitaran dan semulajadi seperti angin, ombak,arus dan lain-lain lagi. Proses mendapan sebenarnya berlaku di mana-mana kawasan laut tetapi ianya lebih ketara berlaku dikawasan tepian pantai. Maklumat tentang perlakuan proses endapan amat diperlukan dalam perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan ditepian pantai dan sungai. Umpamanya data-data kadar endapan, kawasan dan jenis endapan diambilkira untuk memastikan kejayaan pembangunan yang dijalankan. Antara pembangunan yang dimaksudkan itu adalah seperti jeti, pelabuhan, jambatan dan laluan pelayaran. Umumnya penulisan ini adalah untuk mengenalpasti dan melihat akan prosedur-prosedur dalam kajian endapan dengan melihat kepada berbagai aspek seperti faktor-faktor menyebabkan endapan, kaedah pengumpulan data,memahami proses yang perlu dilakukan sama ada pengiraan atau kerja-kerja makmal, peralatan yang terlibat, bentuk maklumat yang dipersembahkan dan penglibatan Juruukur dalam membuat kajian endapan ini. Tumpuan kajian bukanlah kepada kerja-kerja pengukuran sebenar tetapi membuat analisa dari data-data yang diperolehi dari pengukuran sebenar. Data-data cerapan yang telah terkumpul akan didapatkan untuk dikaji, dianalisa dan perkara-perkara lain yang perlu bersangkutan dengan tajuk kajian ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Tanah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002368540 GC380 M53 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order