Cover image for Simulasi simscript terhadap operasi trafik pelabuhan Johor
Title:
Simulasi simscript terhadap operasi trafik pelabuhan Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
Physical Description:
1v + 1 computer disk : (DSK 610)
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8128 ra
Abstract:
Operasi trafik di dermaga Pelabuhan Johor sering ditinjau hanya dengan nilaipenggunaan dermaga kerana ia merupakan satu nilai yang boleh diperolehi secara langsung daripada dermaga dengan mudah. Projek ini akan mengkaji operasitrafik di Dermaga 1 dan Dermaga 2 & 3 Pelabuhan Johor dengan menjalankan simulasi berkomputer dengan Bahasa Pengaturcaraan Simscript ke atas dermaga-dermaga berkenaan. Dengan kaedah simulasi, sukatan prestasi di drmaga yang selain daripada nilai penggunaan dermaga seperti masa lapang (idle time) di dermaga, purata masa kapal menunggu di giliran dan purata bilangan kapal yang menunggu di dalam giliran sebelum dilayan akan dapat dicari.Dalam projek ini,langkah-langkah yang membawa ke arah pembentukan model konsepsual utnuk dermaga-dermaga yang dikaji akan dibincangkan. Analisi untuk menentukan jenis taburan untuk data-data masukan ke dalam aturcara iaitu data masa layanan dandata masa antara ketibaan kapal juga turut ditunjukkan. Seterusnya, aturcarauntuk kedua-dua model simulasi iaitu Model Simulasi Dermaga 1 dan Model Simulasi dermaga 2 & 3 akan dipersembah dan dibincangkan dan diikuti dengan keputusan yang diperolehi daripada simulasi. Akhir sekali, perbincangan tentangkesan perubahan masa antara ketibaan dan masa layanan ke atas sukatan prestasi yang penting di Dermaga 1 dan Dermaga 2 & 3 akan dibincangkan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains Industri (Matematik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002416745 HE551.L55 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order