Cover image for Design of a multiple output switched-mode power supply (SMPS)
Title:
Design of a multiple output switched-mode power supply (SMPS)
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1993
General Note:
Loan in microfilm form only : MFL 7986 ra
Abstract:
Bekalan kuasa tersuis kini luas digunakan, khasnya di dalam peralatan elektronik kuasa sederhana dan tinggi. Ia lazimnya dikenali untuk saiznya yang kecil, ringan serta mempamerkan kecekapan yang tinggi. Walaubagaimanapun, proses merekabentuk sebuah bekalan kuasa tersuis adalah jauh lebih kompleks berbanding dengan merekabentuk sebuah bekalan kuasa linear. Laporn ini membentangkan sebuah rekabentuk praktik bekalan kuasa tersuis berbilang keluaran yang berkos rendah, padat serta bilangan komponen yang rendah. Litar tersebut beroperasi menggunakan topologi 'Push-Pull' dengan transistor MOSFET sebagai peranti pensuisan. Keluaran bekalan kuasa ini terdiri daripada empat voltan AT yang berlainan iaitu +5V,+12V,-5V dan -12V. Keluaran +5V diatur secara langsung, manakala pengaturan bagi keluaran +12V,-5V dan -12V adalah secara tak langsung, mengunakan teknik 'peraruh terganding'. Bekalan kuasa ini telah direkabentuk untuk membekalkan kuasa sebanyak 300 Watt maksima. Ia memerlukan sebuah sumber masukan +12V untuk beroperasi Pensuisan frekuensi tinggi sebanyak 100 kHz telah membenarkan saiz komponen yang kecil digunakan dengan rekabentuk proto mempamerkan kepadatan sebanyak 10 Watt seinci padu. Bekalan kuasa tersebut juga mempunyai ciri-ciri hidup lembut dan pemencilan penuh dibekalkan antara bahagian primer dan sekunder.
DSP_DISSERTATION:
Project paper (Bachelor of Electrical Engineering) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002212862 TK2831.S33 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order