Cover image for Strategi pembangunan pusat-pusat bandar Daerah Batu Pahat
Title:
Strategi pembangunan pusat-pusat bandar Daerah Batu Pahat
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1982
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5014 ra
Abstract:
Pembangunan pusat-pusat bandar adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan wilayah. Ianya bukan sahaja dapat memperkembangkan berbagai-bagai aktiviti seperti aktiviti perindustrian, aktiviti perdagangan dan aktiviti pembinaan, tapi juga memainkan peranan penting dalam strategi untuk mengurangkan keadaan tidak seimbang didalam wilayah. Masalah utama pembangunan pusat-pusat bandar didaerah Batu Pahat ialah dari segi tumpuan pembangunan. Tumpuan pembangunan hanya dipusat bandar utama (Batu pahat),dimana akibatnya telah menyebabkan taburan pertumbuhan pusat-pusat bandar yang tidak merata. Pusat-pusat bandar yang kecil mengalami kadar pertumbuhan yang agak lambat dan setengah-setengahnya pula telah berkurangan. Hal ini berlaku adalah disebabkan kekurangan 'access' kepusat-pusat yang terpencil disamping kurangnya aktiviti-aktiviti yang produktif seperti industri pembuatan dan perdagangan. Tumpuan pembangunan dipusat utama ini juga dapat dirujukkan dengan keadaan 'primacy' dalam struktur hirarki pusat-pusat bandar, iaitu terdapatnya bezantara indeks yang besar antara pusat-pusat bandar dalam kategori utama, kategori kedua dan kategori ketiga. Sebagai usaha untuk membangunkan pusat-pusat bandar tersebut satu strategi pembangunan pusat-pusat bandar dihasilkan. Strategi ini meliputi cadangan untuk meningkatkan taraf beberapa pusat dalam kategori ketiga untuk di naikkan ke kategori kedua. Pusat bandar yang ditingkatkan taraf ini ialah Rengit dan Parit Sulong. Di samping itu cadangan berupa pembaikan jalan-jalan perhubungan, cadangan aktiviti pusat-pusat bandar dan polisi pembangunan pusat-pusat bandar juga dikemukakan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003857 HT169.M32 B28 1982 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002502 HT169.M32 B28 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002409153 HT169.M32 B28 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order