Cover image for Satu kajian mengenai pembangunan dan gunaa tanah di negeri Perak ; kawasan kajian : kawasan projek pembangunan seberang Perak
Title:
Satu kajian mengenai pembangunan dan gunaa tanah di negeri Perak ; kawasan kajian : kawasan projek pembangunan seberang Perak
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1982
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3773 ra
Abstract:
Bidang kajian dissertasi ini pada amnya adalah meliputi bebrapa bidang-bidang yagn tertentu yang mana mempunyai kaitan dengan gunaan serta pembangunan tanah dikawasan kajian. Sebelum penekanan dibuat didalam bidang yagn telah disebutkan penulis akan menulis tentang pengenalan dan tujuan dissertasi ini didalam Bab 1. Selain daripada pengenalan dan tujuan, didalam Bab 1 ini jugaakan diterangkan berkenaan dengan sekop kajian yang telah dibuat. Didalam Bab2 pula penulis akan menumpukan kepada ciri-ciri ekonomi makro dan keadaan demografi di kawasan kajian. Ini adalah seperti keluasan kawasan kajian, kedkeadaan iklim secar ringkas, jumlah penduduk, tenaga kerja, taraf pendapatan dan lain-lain lagi. Dibahagian tenaga kerja penulis akan cuba memberi gambaran mengenai tenaga kerja yang terdapat dikawasan kajian, juga keadaan pengganguran yang terjadi. Tujuan nya adalah untuk memberikan gambaran secara umum betapa perlunya diadakan langkah-langkah pembangunan yang wajar untuk membasmi pengganguran atau pun setidak-tidaknya mengurangkan pengganguran yagn sedia ada. Jangkaan penduduk juga akan dituliskan oleh penulis didalam Bab 2 ini. Ini adalah ebrtujuan untuk mengetahui betapa perlu nya diadakan tambahan kepada peluang-peluang pekerjaan dimasa yang akan datang berdasarkan kepada jangkaan penduduk ini. Tambahan kepada peluang pekerjaan ini diperlukan supaya keadaan tenaga kerja yagn ujud akan seimbang dengan pekerjaan yang ada.Dengan ini pengangguran akan dapat dikurangkan. Selain daripada itu didalam Bab 2 ini juga penulis cuba menekankan mengenai kemiskinan yang ujud di kawasan kajian . Ini adalah kerana kemiskinan adalah merupakan satu masalah sosial yagn eprlu diberikan perhatian dengan sewajar nya olih pehak-pehak yang berkenaan. Didalam Bab 3 pula penbupenulis akan menekankan secara agak mendalam mengenai isu yang utama dalam dissertasi ini ia itu mengenai gunaan tanah dimasa ini di kawasan kajian. Gunaan -gunaan tersebut adalah sperti kegunaan untuk pertanian, perikanan, perlombongan, perindustrian dan lain-lain lagi. Didalam Bab 4 pula penulis akan menerangkan dan mengkaji apakah peranan-peranan yang dimainakn oleh Keranaan dalam gunaan tanah terutamanya tanah pertanian di kawasan kajian. Ini kerana penulis merasakan peranan kerajaan adalah amat penting dalam gunaan tanah tersebut. Peranan kerajaan ini adalah meliputi peranan yang dimainkan olih kerajaan pusat, kerajaan negeri serta juga beberapa badan-badan berkanun seperti FELDA, FELCRA, MARA, PKNP dan sebagainya. Rancangan pembangunan tanah yagn terdapat di kawasan kajian adlah merupakan tumpuan yang utama didalam Bab 5. Olih kerana di kawasan kajian sebahagian besar tanah nya digunakan untuk pertanian maka penulis akan menumpukan mengenai rancangan pembangunan tanah untuk pertanian. Sebelum penekanan dibuat mengenai rancangan pembangunan yang terdapat dikawasan kajian penulis akan terlebih dahulu menerangkan apakah sebab-sebab maka rancangan pembangunan telah diadakan di akwkawasan kajian. Selain daripada itu penulis akan juga menerangkan mengenai apakah kesan pembangunan itu nanti kepada ekonomi penduduk disana. Didalam Bab 6 iaitu bab yang terkhir penulis akan menyatakan apakah masalah-masalah yang akan timbul dalam melaksanakan pembangunan yagn telah dirancangkan. Beberapa pendapat dan pandangan serta rumusan penulis akan juga dinyatakan didalam bab yang terakhir ini.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005169 HD890.6.Z8 P392 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002358640 HD890.6.Z8 P392 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order