Cover image for Hubungan di antara kemahiran matematik dengan percapaian kimia bagi pelajar tahun pertama kursus sarjana muda sains dan  komputer serta pendidikan (SPK) dan sarjana muda sains industri (SSI) di Universiti Teknologi Malaysia Semester 1 1990/91
Title:
Hubungan di antara kemahiran matematik dengan percapaian kimia bagi pelajar tahun pertama kursus sarjana muda sains dan komputer serta pendidikan (SPK) dan sarjana muda sains industri (SSI) di Universiti Teknologi Malaysia Semester 1 1990/91
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1991
General Note:
Peminjaman dalam beny [Dtuk mikrofilem sahaja:MFL7863 ra
Abstract:
Kemahiran matematik adalah penting dalam penguasaan pengetahuan sains. Dalam mempelajari kimia, kemahiran tertentu matematik adalah perlu disebabkan kebanyakan ciri-ciri asas kimia adalah melibatkan nombor, simbol, perkaitan dan persamaan-persamaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti samada kemahiran tertentu matematik memberikan hubungan yang positif ke atas pencapaian kimia bagi pelajar tahun satu pertama kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (SPK) dan Sarjana Muda Sains Industri (SSI) di Universiti Teknologi Malaysia semester 1 1990/91. Sampel kajian melibatkan 124 orang pelajar iaitu 53 orang pelajar dari kursus SPK dan 71 orang pelajar dari kursus SSI. Ujian kemahiran matematik terdiri dari masalah kira mengira dan penggunaan untuk setiap 26 kemahiran matematik. Ujian ini telah diberikan kepada pelajar di pertengahan semester 1 sesi 1990/91 digunakan sebagai pencapaian pelajar dalam matematik. Manakala peperiksaan akhir kimia pula digunakan sebagai ukuran pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Hasil dari kajian, dapatan berikut telah diperolehi. Nilai korelasi bagi skor ujian kemahiran matematik melawan skor peperiksaan akhir kimia adalah 0.7968 bagi kumpulan pelajar SSI dan 0.4991 bagi kumpulan pelajar SPK. Ini menunjukkan suatu hubungan yang signifikan di antara pencapaian kimia semester 1 pelajar. Oleh itu kemahiran matematik adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Pelajar yang memasuki kursus kimia tidak memiliki semua kemahiran matematik yang terdapat dalam ujian kemahiran matematik. Sebagai contoh kurang 50 peratus dari jumlah pelajar yang mengambil ujian kemahiran matematik boleh menyelesaikan masalah perkadaran terus atau perkadaran songsang atau eksponen bagi nombor positif atau persamaan berangka atau penggunaan graf atau penghampiran. Kajian ini cuba membuat perbandingan di antara dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar SPK dan kumpulan pelajar SSI. Dari ujian didapati tiada perbezaan signifikan di antara kedua kumpulan pelajar ini apabila diukur minskor ujian kemahiran matematik. Tetapi, perbezaan yang signifikan wujud di antara min skor peperiksaan akhir kimia bagi kedua-dua kumpulan. Di dapati kumpulan pelajar SPK memperolehi pencapaian kimia yang lebih baik (MS = 74.1132) berbanding dengan kumpulan SSI (MS = 66.6592).
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001956634 QA36 N66 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order