Cover image for Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - kajian dari segi pengurusan dan kesannya keatas para petani di Kelantan
Title:
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - kajian dari segi pengurusan dan kesannya keatas para petani di Kelantan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3643 ra
Abstract:
Pertanian khususnya penanaman padi merupakan pekerjaan utama dan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi kebanyakan penduduk di Kelantan. Kebanyakan diamal secara tradisi, tetapi selaras dengan pembangunan negara, sektor pertanian juga perlu dibangunkan. Perancangan Pembangunan kerajaan di garis di peringkat pusat, jadi ianya memerlukan agensi khas untuk menyampaikan pendekatan pertanian moden ini kepada petani. Dalam hal ini, KADA telah berperanan untuk menukar sikap lama penduduk luar bandar kearah penerimaan satu pembangunan secara sukarela. Memandangkan kejayaan satu-satu perancangan pembangunan itu banyak bergantung kepada keupayaan organisasi itu dalam menyampaikan peranannya, maka KADA telah menyususn beberapa matlamat supaya pengurusan dan perancangannya berjalan dengan licin dan boleh berfungsi sepenuhnya. Untuk meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian, banyak kemudahan telah disalurkan kepada petani. Di samping penerangan dan khidmat nasihat, petani seterusnya dibekalkan bahan-bahan input pertanian seperti baja dan benih subsidi, bantuan kredit, kejenteraan ladang dan kemudahan pemasaran hasil pertanian. Dan usaha terbesar ialah projek pengairan yang mana telah membolehkan penanaman dua kali setahun dijalankan di samping menambahkan jumlah keluasan kawasan yang boleh ditanami yang dulunya tidak dapat di usahakan. Daripada usaha-usaha ini didapati kehidupan petani telah banyak berubah dengan pendapatan mereka telah berganda dan pengendalian pertanian mereka lebih teratur. Segala ini menjelaskan bahawa pelaburan kerajaan yang besar untuk pembangunan pertanian bukanlah satu usaha yang sia-sia. Bagaimanapun, usaha harus dipertingkatkan untuk mengatasi kelemahan demi mencapai kejayaan yang lebih baik.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005432 HD2080.6 R87 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002393290 HD2080.6 R87 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order