Cover image for Cadangan Institut Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Title:
Cadangan Institut Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikroffilem sahaja: MFL 4076 ra
Abstract:
Institut Sains Komputer adalah salah sebuah bangunan yang akan dibina dikampus baru Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Bagi sebuah institut (ISK) yang penting terhadap fungsinya memberi servis komputer didalam dan diluar kampus, ia memerlukan sebuah bangunan yang sempurna kearah memberi servis yang baik. Dengan itu bagi tesis ini akan melihat beberapa aspek penting dari segi :- (i) Cara servis komputer yang sepatutnya dikampus. (ii) Implikasi rekabentuk pada sebuah perancangan yang telah sedia ada. (iii) Organisasi rekabentuk sistem kemudahan bangunan. (iv) Perlunya menyusun beberapa jenis pengguna mengikut aktiviti dan peredaran. Pada umumnya banyak lagi aspek-aspek yang boleh dilihat tetapi penyelesaian hanyalah pada masalah pokok yang empat tadi yang berlaku pada sebuah institusi seperti ini. Keputusan kajian telah mendapati operasi yang dibuat oleh ISK selama ini masih lagi tidak memberi servis yang baik. Oleh itu satu cadangan bagi cara operasi dan memberi servis telah dicadangkan iaitu dari segi peranannya, struktur servis komputer dan struktur servis matapelajaran komputer. Bagi merekabentuk pada satu perancangan yang telah sedia ada agak sukar juga untuk mendapatkan kesesuaian dari segi ruang antara bangunan dan susunatur keseluruhan. Beberapa alternatif perletakan bangunan tekah dibuat bagi mendapatkan kedudukan yang betul. Penyelesaian bagi sistem kemudahan bangunan adalah dibuat dengan menyusunaturkan corak agihannya terlebih dahulu dan ianya juga adalah sebagai langkah atau pendekatan yang diambil pada memulakan tesis rekabentuk ini. Keperluan sistem kemudahan bangunan ini bukan sahaja untuk alatan komputer (mesin) malah juga untuk keselesaan pengguna. Oleh itu dalam menyempurnakan kedua-dua keperluan ini satu sistem pengagihan yang fleksibel dan integrasi dicadangkan bagi sebarang perubahan dan tambahan yang berkemungkinan berlaku pada masa akan datang. Berlainan jenis pengguna dan aktiviti mengakibatkan pentingnya merekabentuk pembahagian ruang dan corak peredaran yang baik. Oleh itu aspek akhir sekali dengan menyusunatur ruang, menjelaskan corak peredaran adalah dibuat bagi menyempurnakan keperluan pengguna. Projek seperti ini yang lebih banyak menekankan soal sistem kemudahan bangunan adalah satu kajian yang agak luas dan adalah diharapkan kajian ini dapat diteruskan lagi secara terperinci.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000005976 NA6602.M3 M72 1987 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003419 NA6602.M3 M72 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order