Cover image for Pembangunan tanah terbiar di dalam kawasan perancangan pusat Kuala Lumpur
Title:
Pembangunan tanah terbiar di dalam kawasan perancangan pusat Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4192 ra
Abstract:
Kewujudan tanah-tanah terbiar di dalam kawasan pusat bandar adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama dari segi perancangan bandar, ekonomi, ciri-ciri fizikal tanah dan lain-lain faktor yang berkaitan seperti hakmilik dan kewangan. Jika dibiarkan kewujudan tanah terbiar akan menimbulkan masalah lain seperti kewujudan setinggan dan masalah-masalah dari segi penyelarasan pembangunan dan menyebabkan penyalahgunaan sumber yang berharga. Oleh itu, objektif-objektif kajian ini ialah; pertama, mengenalpasti tanah-tanah terbiar dan mengkaji sebab-sebab kewujudannya serta keadaan semasanya. Kedua, mengemukakan cadangan bagi membangunkan tanah terbiar bersesuaian dengan dasar-dasar di dalam Deraf Pelan Struktur, Kuala Lumpur. Ketiga, menentukan garispanduan gunatanah bagi tanah terbiar yang dikaji supaya bersesuaian dengan gunatanah sekitarnya. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa tanah-tanah terbiar ujud di kawasan kajian disebabkan oleh kesan negatif pelan perkawasan (zoning), nilai tanah yang tinggi yang memerlukan aktiviti pulangan yang tinggi, kekurangan permintaan terhadap pembangunan tanah, kegunaan semasa yang menyulitkan pembangunan, kesukaran penyesuaian gunatanah, pemilik yang kurang pengetahuan dalam pembangunan tanah dan kurang modal, tanah-tanah yang tidak bermilik yang sah dan tiada tekanan daripada pihak berkuasa tempatan. Cadangan yang dikemukakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dasar-dasar untuk kawalan masa depan dan dasar-dasar pembangunan semasa. Berasaskan dari dasar tersebut garispanduan gunatanah tapak tanah terbiar disediakan. Dasar masa depan menyentuh tentang cara-cara mengatasi dan mengawal tanah terbiar dari terus berlaku, iaitu dengan mengawal sekim pembangunan, mengawal aktiviti pusat perkhidmatan, mengawal pengembangan bandar, menyesuaikan dasar decentralisasi dan kawalan pencerobohan bangunan lama. Sementara dasar pembangunan semasa menyentuh tentang cara-cara membangunkan tanah terbiar semasa iaitu dengan menentukan jenis aktiviti, memperuntukkan panduan pembangunan, mengawal ruang lantai yang ditawarkan, mengawal spekulasi, dan mengenakan dendaan, memberi flexibiliti kepada penggunaan tanah, menubuhkan satu badan awam, mengawal tempat letak kereta dan menyesuaikan aktiviti gunatanah sekitar serta memperuntukkan sekim pinjaman modal.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003894 HD1671.M32 K82 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000005747 HD1671.M32 K82 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002389322 HD1671.M32 K82 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order