Cover image for Kemungkinan kesan pembangunan industri di Wilayah Pantai terhadap pembangunan Wilayah Ketengah
Title:
Kemungkinan kesan pembangunan industri di Wilayah Pantai terhadap pembangunan Wilayah Ketengah
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1984
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3167 ra
Abstract:
Pembangunan yang tidak seimbang di antara kawasan pantai dengan kawasan pendalaman Negeri Terengganu telah lama wujud. Salah satu daripada strategi untuk mengatasi masalah ini ialah dengan penubuhan Wilayah KETENGAH. Wilayah KETENGAH yang dibangunkan berasaskan pertanian bertujuan untuk membuka peluang-peluang pekerjaan baru dan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada. Apabila terjumpanya petroleum di perairan pantai Terengganu, pembangunan di wilyah ini telah mula terjejas. Perhatian yang lebih telah diberi untuk membangunkan Wilayah Pantai dengan berasaskan sumber petroleum. Asas pembangunan yang berbeza antara Wilayah Pantai dan wilayah KETENGAH akan menyebabkan perbezaan pencapaian tingkat pembangunan. Wilayah Pantai berupaya untuk membangun dengan lebih pesat berbanding dengan wilayah KETENGAH kerana terdapatnya kemajuan yang menggalakkan di dlam sektor industri di wilayah tersebut. Tambahan pula oleh kerana kedua-dua wilayah ini berada di bawah pengawasan dua badan yang berlainan, maka tidak wujud satu program untuk menyelaraskan setiap pembangunan yang dijalankan. Kepesatan pembangunan industri di Wilayah Pantai berkemungkinan akan menimbulkan kesan yang negatif ke atas Wilayah KETENGAH dari segi persaingan untuk mendapatkan tenaga buruh dan juga dari segi pembangunan industri serta perbandaran. Keadaan ini akan membantut pertumbuhan Wilayah KETENGAH seterusnya. Bagi mengurangkan kemungkinan kesan yang akan timbul, strategi penyelerakan ke bandar-bandar sekitar perlu dilaksanakan untuk menyebarkan aktiviti pembangunan dari tertumpuu di Wilayah Pantai sahaja. Selaras dengan itu program-program pembangunan telah dibentuk iaitu termasuklah menghadkan pembangunan industri di Wilayah Pantai, penyediaan insentif penarikan industri yang khusus bagi Wilayah KETENGAH, program penarikan penduduk dan penentuan hirarki bandar serta keutamaan pembangunan bandar di wilayah kajian.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Uinversiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003891 HT395.M32 T722 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002791 HT395.M32 T722 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002357980 HT395.M32 T722 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order