Cover image for Pembinaan pangkalan model 3-D untuk komponen jig dan lekapan untuk autocad
Title:
Pembinaan pangkalan model 3-D untuk komponen jig dan lekapan untuk autocad
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8307 ra
Abstract:
Pembinaan pangkalan Model tiga dimensi merupakan satu kajian memodelkan bentuk geometri komponen jig dan lekapan dalam bentuk matematik dan grafik. permodelan tiga dimensi diijadikan asal permodelan berikutan masalah-masalah yang timbul daripada pangkalan model dua dimensi. Ciri-ciri model tiga dimensi dapat mengatasi masalah-masalah permodelan dua dimensi tersebut di samping menunjukkan potensi kajian lanjutan yang baik. Kajian permodelan tiga dimensimini merupakan lanjutan kepada Projek Pembinaan Pangkalan Model Kos Rendah Untuk Merekabentuk Jig dan Lekapan. Pembinaan pangkalan model dapat memendekkan proses rekabentuk jig dan lekapan dengan meringkaskan proses pelukisan dan pengubahsuaian rekabentuk. Skop kajian dalam projek meliputi aspek pembinaan pangkalan model tiga dimensi dan mengenalpasti kelebihan dan kekurangan berbanding dengan model dua dimdnsi. Disamping itu, satu aturcara memudahkan penggunan pangkalan model dalam Autocad akan dibina. Kajian telah dilakukan dengan meneliti dan mengubahsuai pangkalan model dua dimensi di ssamping membina aturcara baru. Hasil kajian menunjukkan struktur pangkalan model yang sistematik dapat dibina dan konsep-konsep pembinaan yang berlainan dapat dikenalpasti dan dipertimbangkan dalam menentu corak pembinaan pangkalan. Kajian projek telah berjayamenghasilkan satu pangkalan model tiga dimensi yang lebih baik dengan mengambilkira kemampuan cakera keras, masa dan kemudahan penggunaan yang tidak tercapai dalam pangkalan model dua dimensi yang telah dibina. Kelebihan dan kekurangan pangkalan model tiga dimensi turut dibincangkan. Sebilangan kecil komponen jig dan lekapan telah dibina sahaja dengan tujuan untuk kajian. Cadangan-cadangan pembangunan masa depan dikemukakan untuk mencapai kesempurnaan yang menyeluruh kelak.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002685810 TJ1187.C72 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order