Cover image for Kajian pembangunan semula kawasan setinggan Kampung Cendana, Kuala Lumpur
Title:
Kajian pembangunan semula kawasan setinggan Kampung Cendana, Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 2226 ra
Abstract:
Kampung Cendana merupakan salah satu kawasan setinggan yang terdapat di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Wujudnya kampung setinggan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada pihak-pihak yang terlibat. Kedudukannya bersebelahan dengan kawasan 'Golden Triangle' memberikan imej yang kurang baik kepada bandaraya Kuala Lumpur. Tuan-tuan tanah yang diduduki oleh setinggan ini tidak dapat memajukan tanahnya kerana usaha untuk menempatkan semula penduduk merupakan bebanan yang berat. Masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh penduduk adalah seperti keadaan taraf hidup yang rendah, rumah kediaman yang tidak selesa, penganggoran yang tinggi, kemudahan awam dan asas yang tidak mencukupi, keselamatan tidak terjamin dan keadaan alam sekitar yang buruk. Dari segi perancangan gunatanah di kawasan kajian adalah terletak di dalam kategori Perdagangan Terhad serta mempunyai nilai tanah yang tinggi. Oleh itu dengan membiarkan terus setinggan di kawasan tersebut akan mewujudkan penggunaan tanah yang tidak ekonomik terutama tanah-tanah kaum Bumiputera dan juga tidak seimbangnya pembangunan dengan kawasan sekitarnya. Di dalam usaha membangunkan kawasan kajian, strategi pembangunan semula yang disokong dengan pembangunan menyeluruh adalah dicadangkan. Kawasan kajian dicadangkan untuk pembangunan bercampur (mix development) iaitu pembangunan perdagangan dan kediaman. Pembangunan perdagangan akan menghasilkan pulangan yang tinggi dan mengikuti penggunaan tanah sebenar, manakala pembangunan kediaman pula untuk menempatkan semula penduduk sedia ada untuk meninggikan taraf hidup mereka. Adalah diharapkan cadangan-cadangan ini dapat mengatasi masalah-masalah dikawasan tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003937 HV4142.6.K82 D38 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order