Cover image for Masalah-masalah yang sering dihadapi di antara kontraktor dan jurukur bahan di peringkat pos kontrak
Title:
Masalah-masalah yang sering dihadapi di antara kontraktor dan jurukur bahan di peringkat pos kontrak
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
x, 164 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Jamadi Yasin

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7932 ra
Abstract:
Dalam mencapai proses pembentukan negara maju selaras dengan wawasan 2020, industri binaan di negara ini kini sedang mempergiatkan usahanya untuk mencapai ke tahap tersebut. Sejajar dengan itu citarasa dan kehendak-kehendak klien dan pengguna semakin bertambah kompleks dan canggih yang menuju ke arah pembentukan negara moden. Namun begitu dalam usaha mencapai matlamat tersebut, berbagai masalah terpaksa ditempuhi yang memberi halangan kepada kelicinan perjalanan sesuatu projek. Hubungan pihak-pihak yang terlibat di dalam industri ini seringkali menimbulkan masalah. Kontraktor dan Juruukur Bahan merupakan dua pihak yang sering berurusan di dalam kerja-kerja pembinaan di peringkat pos kontrak. Tidak dinafikan di dalam urusan-urusan mereka seringkali timbul masalah-masalah yang jika dilihat secara global akan memberi implikasi yang negatif. Sehubungan dengan itu kajian dilakukan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi di antara Jurukur Bahan dan Kontraktor mengikut keutamaan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Kewujudan masalah-masalah ini perlu diberi perhatian serius yang mana punca atau faktor-faktor kewujudannya hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti. Punca atau faktor kewujudan masalah-masalah tersebut bukan hanya disebabkan oleh pihak-pihak itu sendiri. Terdapat banyak punca atau faktor-faktor lain yang secara tidak langsung menimbulkan masalah diantara mereka. Ianya akan meninggalkan implikasi yang negatif terhadap tempoh penyiapan projek dan kos yang terlibat. Sehubungan dengan itu beberapa langkah dan strategi harus diambil bagi tujuan meminimakan dan seterusnya mengatasi maslah-masalah tersebut. Dengan kata lain, cara penyelesaian yang efektif harus diambil supaya projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan efektif.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Project Paper (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002457 TH437.S23 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002186504 TH437.S23 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order