Cover image for Penggunaan teknik pemprosesan imej dalam analisis lalu lintas
Title:
Penggunaan teknik pemprosesan imej dalam analisis lalu lintas
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7975 ra
Abstract:
Kebelakangan ini, penggunaan teknik pemprosesan imej berdasarkan mikro komputer dalam analisis lalu lintas telah berjaya dimajukan oleh penyelidik beberapa negara luar. Dengan kemajuan perkakasan komputer yang dapat mengerti pergerakan (computer vision), penganalisisan secara otomatis ke atas gambar-gambar dinamik dari sumber gambar lalu lintas akan menghasilkan maklumat yang amat berguna dalam Kejuruteraan Lalu Lintas dengan lebih jitu dan tepat. Perkembangan teknologi terkini dalam mengumpul maklumat memerlukan suatu kajian terhadap kesesuaian dan kemampuannya untuk digunakan dalam teknik pengumpulan data jalan raya dan lalu lintas dibuat. projek tahun akhir ini akan mengkaji dan cuba membentuk satu sistem yang secara otomatisnya dapat menyari dan mengumpul maklumat lalu lintas dari masukan pita rakaman video gambar lalu lintas. Algoritma mikro komputer berdasarkan Bahasa Pengaturcaraan C yang dapat mengesan dan mengukur pergerakan lalu lintas yang diperlukan untuk menganalisis gambar berkenaan dari pita video akan dibentuk. Sumber gambar lalu lintas ini diperolehi dari rakaman lalu lintas menggunakan kamera video yang dirakamkan kepada pita video yang biasa digunakan. Sebagai hasil, maklumat pergerakan lalu lintas seperti isi padu dan ruang lolos akan diperolehi secaraotomatis dari sumber gambar lalu lintas yang dianalisis dengan lebih sempurna berbanding dengan kaedah insani. perbandingan hasilnya dengan kaedah insani juga akan dibuat bagi mempastikan ketepatan dan kemampuan sistem yang dibentuk.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002194581 TE209.5.F38 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order