Cover image for Kajian pengesan ke atas corak pencampuran di dalam reaktor sesekat aerobik dan anaerobik
Title:
Kajian pengesan ke atas corak pencampuran di dalam reaktor sesekat aerobik dan anaerobik
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8285 ra
Abstract:
Kajian ke atas reaktor sesekat aerobik dan anaerobik pada skala - makmal telah diteliti. daripada penelitian ini didapati suatu aspek proses terttentu telah dikaji; iaitu corak pencampuran airsisa yang membandingkan reaksi prestasi terhadap pembebanan sementara. Corak pencampuran dua reaktor sesekat yang bebeza dikaji. satu daripadanya beroperasi secara anerobik manakala yang satu lagi mempunyai ruang berbeza untuk aerobik dan anaerobik. Objektif kajian ini adalah untuk menilai takat pencampuran di dlam reaktor-reaktor berkenaan dan meneliti kesan-kesan pada prestasi mereka. Kajian yang dijalankan merangkumi kajian pengesan pada reaktor yang besih dan yang diliputi oleh biofilem bagi mengkaji takat pencampuran dan ruang-ruang mati didalam kedua-dua reaktor. bahan pengesan, Lithium klorida, telah disuntik disaluran masuk setiap reaktor pada 3 kadar aliran yang bebeza; yakni aliran llaju, sederhana dan perlahan. Fungsi-fungsi hasil agihan masa telah digunakan untuk emngukur takat pencampuran seperti yang disifatkan oleh serakan dan model tangki bersiri, purata masa tahanan hidraulik (MTH dan sebahgian kecil daripada ruang mati di dalam setiap reaktor. Kesemua ini kemudiannya, dibandingkan dengan kecekapan reaktor yang sepadan bagi menilai kesan pencampuran ke atas prestasi reaktor. Kecekapan dan pencapaian reaktor - reaktor dinilai oleh peratusanpenyingkiran COD. Analisis keputusan menunjukkan reaktor sesekat anrobik-anaerobik memperolehi nombor model serakan (D/uL) dalam lingkungan 0.4 dan purata noombor model tangki besiri, N sebanyak 1.5. Pencapaian ini membuktikan ia telah memperolehi pencampuran sempurna untuk ketiga - tiga jenis aliran dengan aliran sederhana (MTH = 48 jam ) mempunyai kecekapan yang lebih baik dengan berjaya menyingkirkan 79.8% COD. Model reaktor sesekat anaerobik memperolehi nilai D/uL sebanyak 0.1 dan purata nilai N bersamaan 5.5. Keputusan ini serupa dengan aliran pertengahan atau pengantaran yang mana geraf corak aliran mencapai puncaknya (nilai maksimum) yang menghampiri 0 = 1. Reaktor ini boleh menyingkirkan COD yang paling banyak (47.7%) pada aliran perlahan (MTH = 54).
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002623464 TD755.J63 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order