Cover image for Perkembangan pendidikan Sekolah Menengah Vokasional Malaysia
Title:
Perkembangan pendidikan Sekolah Menengah Vokasional Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7756 ra
Abstract:
Kajian ini merupakan satu pendedahan terhadap perkembangan pendidikan di sekolah-sekolah menengah vokasional Malaysia. Penulisan ini menumpukan kepada beberapa aspek penting perkembangan tersebut melalui kajian-kajian, pendapat ahli-ahli pendidik, tulisan-tulisan dalam artikel, potongan-potongan akhbar, buku-buku laporan bertulis dan kertas-kertas kerja yang ada kaitannya dengan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau perkembangan pendidikan di Sekolah-Sekolah Menengah Vokasional berdasarkan sejarah penubuhannya, peningkatan serta pembinaan sekolah-sekolah menengah Vokasional, kurikulum, sistem baru pendidikan vokasional dan perubahan peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malayasia (SPVM) ke peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPM(V). Perkembangan pendidikan SMV yang begitu pesat telah dapat memberikan harapan yang begitu cerah terutamanya terhadap lulusan SMV yang begitu dipandang rendah pada awal-awal penubuhannya. Dengan perubahan peperiksaan SPM(V) peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi telah terbuka luas. Di samping itu juga tidak kurangnya lepasan-lepasan SMV yang telah berjaya dalam kerjaya mereka. Walaubagaimanapun hasil daripada kajian ini hanya tertumpu kepada sebahagian sahaja daripada perkembangan-perkembangan pendidikan di Sekolah-Sekolah Menengah Vokasional Malaysia. Diharapkan dengan kajain ini akan dapat memberikan satu gambaran yang tepat di samping meyakinkan masyarakat umumnya tentang perkembangan dan peningkatan yang sebenarnya terhadap pendidikan di Sekolah-sekolah Menengah Vokasional dari awal penubuhannya sehingga masa kini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001625379 LC1047.M3 M39 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order