Cover image for Kesesuaian pendekatan pembangunan kampung tradisional di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah : Kajian kes : Kampung Berjaya, Daerah Kuala Muda, Kedah
Title:
Kesesuaian pendekatan pembangunan kampung tradisional di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah : Kajian kes : Kampung Berjaya, Daerah Kuala Muda, Kedah
Personal Author:
Publication Information:
[s.l.] : [s.n.], 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3808 ra
Abstract:
Rancangan-rancangan pembangunan luar bandar yang dijalankan pada masa lalu di Negara ini biasanya lebih menumpukan penekanan terhadap aspek-aspek peningkatan daya hasil pengeluaran pertanian sahaja tanpa memberi perhatian secukupnya kepada perubahan struktur sosio-ekonomi golongan masyarakat tertentu secara menyeluruh. Program-program ini ternyata kurang berkeupayaan untuk membangunkan kawasan luar bandar secara berkesan. Percubaan pertama kearah pendekatan Pembangunan bersepadu di Wilayah KEDA telah dilaksanakan di Kampung Berjaya, Daerah Kuala Muda, Keda pada Ogos 1982. Kampung yang dipilih ini adalah sebuah kampung yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi, kekurangan kemudahan asas dan awam serta menghadapi keadaan masyarakat yang berkonflik disebabkan oleh isu-isu sosio politik. Perancangan yang telah di buat adalah secara uncit, Namun begitu ia telah menunjukkan keberkesanan dan kemajuan didalam keseluruhan pembangunan di kampung itu. Pendekatan pembangunan bersepadu ini dikenali sebagai Pendekatan Pembangunan Kampung Tradisional. Pendekatan yang dilaksanakan ini mengandaikan bahawa perubahan sikap dari yang berbentuk individualistik dan sikap ekonomi sara diri kepada yang berbentuk semangat berkumpulan, Andaian ini dilaksanakan dengan menggabungkan lima komponen pembangunan utama iaitu Pembangunan Manusia, Sosial, Ekonomi, Fizikal dan Institusi dengan matlamat akhirnya untuk mengujudkan satu masyarakat desa yang gigih dan maju. Walaupun perancangan dibuat adalah secara uncit, namun begitu dalam tempoh empat tahun selepas perlaksanaannya projek ini telah menunjukkan beberapa pencapaian didalam aspek-aspek pembangunan seperti pembangunan fizikal, sosial, ekonomi, dan institusi yang mana telah meningkatkan pendapatan penduduk dan disamping membentuk etika kerja yang baru dikalangan masyarakat serta dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kerjasama dan perpaduan seterusnya melahirkan masyarakat desa yang gigih dan maju. Walaubagaimanapun dari kajian didapati masih juga terdapat beberapa kelemahan pendekatan perlaksanaannya yang menghalang kepada keberkesanan sepenuhnya seperti perlaksanaan pembangunan fizikal terlalu mendadak, kurang penumpuan berbentuk menolong diri sendiri, tiada tatacara awal perlaksanaan, tidak mengambilkira keujudan agensi lain dan penglibatan penduduk didalam perancangan adalah terhad. Oleh itu untuk menjadikan pendekatan pembangunan ini sebagai contoh pembangunan kepada lain-lain kampung di Wilayah KEDA beberapa pembaikan perlu di lakukan di dalam pendekatan perlaksanaanya. Pembaikan yang di cadangkan adalah seperti kreteria-kreteria bagi pemilihan kampung (aspek fizikal dam kemasyarakatan) peringkat perlaksanaan pembangunan dan aspek pendekatan itu sendiri. Melalui pembaikan-pembaikan ini diharap ianya dapat digunakan dengan lebih effektif dan dapat mencapai serta memenuhi matlamat uatma pembangunan kampung tradisional.
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Fakulti Alam Bina) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003878 HD2080.6.Z9 K453 1988 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003726 HD2080.6.Z9 K453 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order