Cover image for Asas-asas penubuhan sebuah industri kecil
Title:
Asas-asas penubuhan sebuah industri kecil
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4950 ra
Abstract:
Industri kecil (1) memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan sosio-ekonomi negara Malaysia. Diantaranya ia menambahkan peluang pekerjaan yang begitu banyak kerana industri kacil menggunakan tenaga buruh yang pesat tanpa sebarang peralatan yang s'sophiscated'. Ini terbukti dengan ianya bertanggungjawab keatas satu pertiga daripada jumlah pekerjaan (lebih kurang 350,000) yagn bukan pertanian pada tahun 1978 (2). Oleh itu bilangan industri kecil perlu diperbanyakkan lagi. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu perhatian terhadap industri kecil amat terhad sekali. Pengusaha atau bakal pengusaha sering kali menghadapi masalah modal, buruh, tanah dan bangunan serta pengurusan. masalah-masalah ini akan dibincangkan dalam bab 1. Pengusaha-pengusaha industri kecil yang berpotensi sering kali tidak memahami apakah yang diperlukan, dimana untuk ditujui dan bagaimana caranya untuk mendirikan industri kecil. Perkara-perkara ini sering kali mematahkan semangat pengusaha terutamanya kaum bumiputra. Justeru itu masalah-masalah asas tersebut telah menjadi inti kajian saya. Kajian ini bermula dengan mengenal-pasti undang-undang dan peraturan penubuhan industri kecil yang disediakan oleh kerajaan. Bab kedua memperlihatkan cara pendaftaran industri, memohon lesen, eprmit-permit, surat kuasa dan lain-lain perkara yang melalui undang-undang. Bab ketiga akan membincangkan sumber kewangan sebagai modal dan juga pengendalian. Bantuan kewangan dalam bentuk keredit dan lain-lain boleh didapati dari badan-badan seperti Syarikat jaminan Kredit. MARA, MIDF dan Bank Pembangunan Malaysia. Satu contoh analisa kos penubuhan sebuah industri kecil juga dibentangkan di dlam bab ini. Seterusnya kajian terhadap sumber-sumber teknikal serta nasihat dan juga infrastruktur diperbincangkan. Diantara badan-badan terlibat adalah SIRIM, FIDA dan jug UDA. Setelah membincangkan sumber-sumber bantuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat asas untuk mengatasi masalah-masalah dasar yang disebut awal-awal tadi, kajian saya akhiri dengan mengemukakan satu cara pemilihan tapak industri kecil. Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang penting dalam memilih sesuatu tapak industri. Diharap dengan pembentangan perkara-perkara asas permulaan penubuhan sesebuah industri kecil ini akan dapat membantu bakal-bakal pengusaha industri kecil memulakan industri-industri mereka dengan jayanya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000007302 HD38 M66 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002437238 HD38 M66 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order