Cover image for Hubungan antara struktur bandar dan rangkaian jalan : kawasan kajian - bandar Melaka
Title:
Hubungan antara struktur bandar dan rangkaian jalan : kawasan kajian - bandar Melaka
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2858 ra
Abstract:
Tujuan Disertasi ini ialah mengkaji hubungan yang ada antara struktur sesebuah bandar keseluruhannya dengan rangkaian jalan dalam bandar itu. Penekanan struktur sesebuah bandar ditujukan kepada struktur fizikal bandar. Tiap-tiap bahagian dari disertasi ini membincangkan sama ada berasingan ataupun bersama-sama mengenai hubungan tersebut. Keseluruhannya menggambarkan betapa pentingnya peranan satu-satu rangkaian jalan terhadap penyusunan struktur, sama ada bercorak bertumpu atau tidak bertumpu dan bagaimana "layout" jalan mempengaruhi pembangunan didalam , darjah pembangunannya dan juga potensi pembangunan yang dihasilkan dikawasan-kawasan sekitarnya. Walaupun faktor ekonomi keseluruhan memainkan peranan utama di dalam pembangunan, tetapi rangkaian jalan memainkan peranannya sebagai penentuan lokasi pembangunan dan juga saluran perhubungan antara kawasan yang telah terbina dengan kawasan yang baru atau kurang terbina. Bab pertama disertasi ini menerangkan keadaan bandar Melaka dan struktur pertumbuhan bandar secara 'am. Ini diikuti dengan membuat definasi skop kajian. Bab tiga membuat kajian lanjut mengenai keadaan rangkaian jalan yang terdapat di Melaka dan sifat-sifat satu-satu rangkaian jalan yang penting untuk menghasilkan satu set perhubungan gunaan tanah dalam bandar. Seterusnya membincangkan kaitan antara rangkaian jalan dengan pembangunan di dalam kawasan bandar juga membincangkan kepentingan perancangan pengangkutan sebagai hasil sampingan dari rangkaian jalan. Dengan siapnya penulisan desertasi ini, diharap dapat membantu pihak-pihak berkenaan dan juga para pelajar memahami hubungan yang ujud antara kedua-dua perkara di atas dan juga sebagai rujukan tambahan dalam perkara yang berkaitan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005155 HT169.M32 M4912 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002412975 HT169.M32 M4912 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order