Cover image for Pemodelan komputer jambatan ledingan keluli
Title:
Pemodelan komputer jambatan ledingan keluli
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7849 ra
Abstract:
Projek tahun akhir ini bertujuan untuk memodelkan salah satu jambatan yang biasa dijumpai di Malaysia, iaitu jambatan jenis keluli lentur, secara komputer dengan menggunakan perisian unsur terhingga COSMOS/M. Kelakuan jambatan tersebut dari segi ricih, momen, tegasan dan anjakan akan dikaji apabila jambatan dikenakan beban. Jambatan keluli lentur yang terdapat di Malaysia sebenarnya merupakan struktur pra-peperangan dan telah mencapai jangka hayat perkhidmatannya. Walu bagiamana pun, ujian sebenar tapak yang dijalankan ke atassebuah jambatan di jalan antara Banting-Kelang, didapati jambatan tersebut masih berada dalam keadaan yang sangat baik, malahan berupayaan menangung beban sehingga 270 ton walhal beban tanggungan maksimum rekabentuk hanya 150 ton. Masalah yang timbul sekarang ialah sama ada jambatan tersebut perlu dirobohkan dan diganti dengan jambatan yang baru atau pun terus menggunakan jambatan tersebut berdasarkan tahap perkhidmatan yang telah diuji. Keputusan yang diperolehi daripada analisis ialah daya ricih, momen lentur, tegasan sertaanjakan. Keputusan ini akan dibandingkan dengan hasil yng diperolehi daripada ujikaji model dan prototaip, serta analisis yang telah dijalankan oleh MINCONSULT SDN. BHD. Pemodelan bahagian jasad konkrit atas plat lentur keluli serta analisis selanjutnya dengan kes-kes pembebanan yang dikenakan akan diteruskan oleh pelajar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001951957 TG380.P63 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order